Lori bawa ayam terbakar, 2 maut


Lori bawa ayam terbakar, 2 maut

Dua maut manakala seorang lagi cedera selepas lori membawa muatan ayam dinaiki mereka terbabas dan terbakar di KM283.6 Lebuhraya Utara Selatan, Nilai, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai Mohd Fazley Ab Rahman berkata mangsa yang maut dalam kejadian pada kira-kira 3 pagi itu adalah pemandu lori, N.Vasutheven, 48, dan kelindannya R K. Mohan Raj, 28, manakala mangsa yang cedera pula adalah anak pemandu lori, V. Dharshaan, 16.

Beliau berkata kemalangan berlaku ketika lori membawa kira-kira 100 bakul ayam hidup itu sedang dalam perjalanan dari arah Seremban menuju ke Perak dan Vasutheven dipercayai hilang kawalan lalu melanggar besi penghadang kiri jalan dan terbabas melanggar tiang jejambat.



“Susulan itu, lori terbabit terbakar dan pemandunya (Vasutheven) berjaya dikeluarkan oleh orang awam namun meninggal dunia akibat cedera parah di kepala. Kelindannya (Mohan Raj) yang tersepit di tempat duduk penumpang hadapan pula meninggal dunia di tempat kejadian akibat rentung,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Fazley berkata Dharshaan yang duduk di kerusi penumpang hadapan sempat keluar menyelamatkan diri sebelum lori itu terbakar dan remaja itu yang luka di bahagian kepala serta kaki kini dirawat di wad kecemasan Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.

Beliau berkata kemalangan itu sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. FMT

Lori bawa ayam terbakar, 2 maut




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Solat Jumaat di syarikat milik mentua selebriti



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker