Muhyiddin perlu dengar nasihat Agong dan Raja-Raja Melayu
Muhyiddin perlu dengar nasihat Agong dan Raja-Raja Melayu
PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendengar titah dan nasihat Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu.
Beliau berkata, Seri Paduka berbuat demikian kerana bimbang dengan situasi negara terutama dari segi penularan pandemik Covid-19, kestabilan politik dan kedudukan ekonomi semasa.
“Istana Negara terpaksa menyuarakan kerana ini keluhan masyarakat setelah baginda mendengar majoriti parti-parti politik yang mewakili majoriti pimpinan negara yang menuntut supaya darurat dihentikan dan Parlimen diadakan secepat mungkin.
“Sudah sampai ke tahap mana kerajaan khususnya PM harus mendengar nasihat dan titah Agong dan Raja-raja Melayu,” katanya dalam satu kenyataan video di sini, hari ini.
Tegasnya, Muhyiddin tidak seharusnya bersikap terlalu keras dan berdegil dalam membuat sesuatu keputusan.
“Kalau tidak bersedia, kamu tidak ada keabsahan, kamu hilang kepercayaan, sepatutnya tunduk kepada tuntutan Perlembagaan dan titah nasihat Agong untuk mengadakan sidang Parlimen.
“Kalau kamu enggan sebaiknya secara terhormat demi selamatkan negara, ekonomi dan biar pengendalian penyelesaian masalah Covid-19 dirangka dan dilaksana lebih baik, maka secara terhormat kamu harus undur dan letak jawatan. Itu pendirian Pakatan Harapan (PH) dan saya percaya didokong majoriti ahli-ahli Parlimen dan rakyat,” katanya.
Anwar yang juga Presiden PKR menggesa jawatan kuasa darurat membuat keputusan berhubung pelaksanaan darurat.
“Kenyataan istana jelas, jawatan kuasa darurat perlu menasihati dalam sidang akan datang supaya buat keputusan terus untuk hentikan darurat sekarang atau selewat-lewatnya 1 Ogos,” katanya. – UTUSAN ONLINE
Muhyiddin perlu dengar nasihat Agong dan Raja-Raja Melayu
Baca Artikel Menarik :
- Resepi Kek Marble Jelita Menawan
- Resepi Sambal Udang Goreng Bertelur
- Tokmat bidas kerajaan berdolak-dalih tangguh titah Agong
- Takiyuddin Menjawab Titah Tuanku
- Kes ICU masih tak tunjuk penurunan ketara sebab varian baru – KKM
- Dayang Areeda dihantui minyak pengasih
Layari Laman Facebook MYKMU NET
You must be logged in to post a comment.