Tokmat bidas kerajaan berdolak-dalih tangguh titah Agong
Tokmat bidas kerajaan berdolak-dalih tangguh titah Agong
PETALING JAYA: Kerajaan wajar memanggil sidang Parlimen dengan kadar segera dan tidak perlu berdolak-dalih dengan memberi alasan terhadap kenyataan Yang di-Pertuan Agong, kata Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan.
Beliau berkata, pengumuman Putrajaya menerusi Pelan Pemulihan Negara yang mengatakan Parlimen boleh dibuka menjelang Sept atau Okt bukan satu kepastian dan tertakluk kepada pelbagai syarat seperti pengurangan kes serta kadar vaksinasi.
“Parlimen tidak memerlukan pelbagai fasa dan syarat untuk dibuka. Ia adalah medan sebenar segala usaha pemulihan diperdebat dan dibincangkan,” kata beliau satu kenyataan.
Mohamad berkata, beliau menyeru dengan tegas supaya titah dan hikmah Yang di-Pertuan Agong diterjemahkan segera dan mempolitikkan titah baginda tidak akan membantu memulihkan negara dengan pantas.
“Apa jua alasan untuk melengahkan pembukaan Parlimen bukan sahaja tindakan antidemokrasi tetapi menyinggung kemuliaan dan kebijaksanaan institusi Raja yang bebas dan berada di atas politik,” tambah beliau.
Semalam, Yang di-Pertuan Agong berpandangan sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin untuk membahaskan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara.
Dalam kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Sultan Abdullah menyedari peranan penting Parlimen untuk membincangkan isu berkaitan Covid-19.
Pendirian Agong itu memperoleh sokongan Raja-raja Melayu.
Tokmat bidas kerajaan berdolak-dalih tangguh titah Agong
- Kerajaan PN Masih Gagal ‘Bangkrapkan’ Saya – Najib Razak
- Kerajaan Perak bagi telefon pintar percuma buat pelajar
- Resepi filet ikan bakar dengan sos tomato dan parmesan
- Resepi Ayam Goreng Masak Halia
- Nora Soto Padat Terbaik Di Lembah Kelang
- Kemunculan durian Tupai King
Layari Laman Facebook MYKMU NET
You must be logged in to post a comment.