Hentikan perangai politik haiwan – Teo Kok Seong

Hentikan perangai politik haiwan – Teo Kok SeongHentikan perangai politik haiwan – Teo Kok Seong

Demi melihat kestabilan pentadbiran kerajaan, perangai ‘politik haiwan’ perlu dihentikan serta-merta.

Demikian menurut Felo Utama, Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong.

Beliau berpendapat, sudah tiba masanya pemimpin lama yang telah meninggalkan legasi pentadbiran tidak mencampuri urusan kerajaan lagi.



“Ahli politik sekarang hanya fikir kerjaya dan parti sahaja. Mereka tak fikir soal rakyat. Mereka juga tak peduli nasib rakyat. Politik haiwan ini lagi dahsyat,” katanya dalam program SKOP MG dengan tajuk Jangan Perkecil Majlis Raja-Raja hari ini.

Tambah Kok Seong, Pilihan Raya Negeri Sabah antara punca menunjukkan ‘kerakusan’ ahli politik di negara ini.

“Walaupun ketika itu pandemik ini sudah teruk tetapi mereka nak juga pilihan raya. Akibatnya sehingga sekarang.

“Selepas itu, ada lagi ahli politik sekarang yang mahukan Pilihan Raya Umum Ke-15 diadakan dengan alasan yang bodoh. Ini saya katakan politik haiwan. Lebih teruk,” tegasnya.



Kok Seong turut berpandangan, rakyat harus menghukum ahli politik sebegini pada pilihan raya akan datang.

“Kuasa memilih pemimpin di tangan rakyat. Jadi, kita tidak mahu pemimpin sebegini jadi pemimpin pada masa akam datang,” tambahnya.

Pada masa sama, beliau menyambut baik hasrat anak muda untuk terlibat dalam dunia politik.

“Anak muda ini protes dan bantah sesetengah ahli politik. Kita nak orang muda yang tak ada bagasi. Anak muda yang menyertai politik ada pendekatan yang lain sekali.

“Dalam jiwa mereka ada semangat negarawan,” jelasnya lagi.



Melalui sikap yang ditunjukkan segelintir ahli politik, tidak mustahil akan ada ramai calon bebas dalam kalangan anak muda.

“Untuk kestabilan politik, undang-undang lompat parti harus digubal. Ini mengelakkan lompat parti ketika Parlimen dibuka,” jelasnya.

Dalam pada itu, Kok Seong berpandangan, tindakan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memanggil ketua-ketua parti dan ahli profesional adalah tepat bagi membendung ketidakstabilan politik.

“Seri Paduka Baginda adalah ketua negara. Baginda melihat isu-isu seperti darurat, Parlimen, kesihatan dan ekonomi ini sebagai penting untuk mencari solusi.



“Raja Berpelembagaan harus didukung dan tidak ada pihak boleh memperkecil atau mempertikaikan titah baginda,” katanya. MG

Hentikan perangai politik haiwan – Teo Kok Seong


Layari Laman Facebook MYKMU NET


Bangkang Teori Asimilasi, Hua Zong takut bayang-bayang sendiri: Prof Kok Seong



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker