GST sistem yang adil – Noor Azlan

Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) merupakan sistem yang adil namun pelaksanaanya perlu meyakinkan rakyat.

Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi, Tan Sri Prof Dr Noor Azlan Ghazali berkata, apa yang menjadi kebimbangan rakyat sebelum ini adalah cukai yang dikutip pada akhirnya tidak memberi manfaat.

Jelasnya, rakyat mahu hasil membayar cukai diterjemahkan dengan penerimaan perkhidmatan awam dan infrastruktur yang memuaskan.

“Saya percaya GST ini sistem yang adil tapi sudah tentu memerlukan ianya perlu diperjelaskan terhadap rakyat tentang manfaatnya dan mereka lihat manfaatnya.

“Kebimbangan apabila kutip cukai adalah rakyat tidak terima manfaatnya, perkhidmatan semakin baik, pendidikan semakin baik. Di negara lain mereka semua bayar cukai sebab dengan membayar cukai manfaat yang lebih lagi dapat dirasai.

“Apa yang diperlukan adalah memberi kefahaman kepada rakyat bahawa negara ini dibangunkan bersama-sama. Kerajaan perlu berdisiplin bukan sahaja mengutip cukai tapi pastikan perkhidmatan awam dapat disampaikan dan infrastruktur yang tersedia dalam keadaan baik,” katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang media Sekretariat EAC berkaitan Penyelarasan Terhadap Landskap Ekonomi Baharu yang diadakan secara dalam talian hari ini.

Noor Azlan berkata demikian ketika ditanya adakah beliau bercadangkan menyarankan kerajaan untuk kembali melaksanakan GST demi mengukuhkan pendapatan negara.

Sebagai seorang yang menyokong pelaksanaan GST sebelum ini beliau secara peribadi bersedia mencadangkan kepada kerajaan untuk kembali melaksanakannya.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan perlu memastikan jumlah. rakyat yang membayar cukai meningkat dan memberi penjelasan

“Sebelum ini yang bayar cukai (GST) hanya lebih kurang dua hingga tiga juta rakyat jadi siapa yang mahu biaya yang lain perkhidmatan untuk rakyat?

“Perkhidmatan awam memerlukan orang awam yang membiayainya tapi kita tidak boleh harapkan semua orang membayar cukai sebab rakyat ada pelbagai peringkat pendapatan, berbeza pendapatan. Sebab itu adanya sistem GST ini.

“Saya akan mencadangkan kepada kerajaan untuk melakukan ini tetapi dengan betul ada banyak cara pelaksanaan GST yang boleh tetapi kena adil kepada semua, sebab semua ada peranan,” ujarnya.

Untuk rekod, GST yang dilaksanakan sebelum ini digantikan dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sejak September 2018. MG


Layari Laman Facebook MYKMU NET


Bursa merosot sejak darurat tanda keyakinan pelabur menurun

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker