Agong berhak tetap tarikh Parlimen bersidang tanpa nasihat PM
YDPA Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
Agong berhak tetap tarikh Parlimen bersidang tanpa nasihat PM
PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa menetapkan tarikh sesuai untuk Parlimen bersidang semula tanpa perlu mendapatkan nasihat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, kata Khalid Samad.
Pengerusi Jawatankuasa Rayuan Penamatan Proklamasi Darurat (Jawatankuasa Tamat Darurat) itu berkata, kuasa itu diperuntukkan di bawah Seksyen 14 dan 15 Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021.
“Sehubungan itu, patik semua memohon Agong memanggil sidang Parlimen pada Julai ini, iaitu ketika darurat masih berjalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan membayangkan masa “sudah hampir” untuk Parlimen bersidang selepas Agong menitahkan persidangan perlu diadakan secepat mungkin untuk membahaskan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara.
Katanya, Agong tidak menetapkan bila sidang Parlimen harus diadakan, namun perdana menteri sudah mengumumkan sidang Dewan Rakyat boleh diadakan paling awal September ini.
Agong berhak tetap tarikh Parlimen bersidang tanpa nasihat PM
- Kerajaan PN Masih Gagal ‘Bangkrapkan’ Saya – Najib Razak
- Kerajaan Perak bagi telefon pintar percuma buat pelajar
- Resepi filet ikan bakar dengan sos tomato dan parmesan
- Resepi Ayam Goreng Masak Halia
- Nora Soto Padat Terbaik Di Lembah Kelang
- Kemunculan durian Tupai King
Layari Laman Facebook MYKMU NET
Takiyuddin Menjawab Titah Tuanku
You must be logged in to post a comment.