Pengganas Israel bedil Gaza, sedia perang baharu dengan Hamas

Pengganas Israel bedil Gaza, sedia perang baharu dengan Hamas

Pengganas Israel bedil Gaza, sedia perang baharu dengan Hamas

TENTERA udara pengganas Israel awal pagi ini mengebom Genting Gaza selepas penduduk Palestin didakwa menerbangkan belon api ke selatan Israel, kata tentera Israel dan saksi di Gaza.

Al Jazeera melaporkan, tentera Israel dalam satu kenyataan berkata, mereka menyerang kedudukan Hamas dan bersedia terhadap sebarang keadaan termasuk memperbaharui semula peperangan berikutan tindakan keganasan berterusan yang bermula dari Gaza.

Tangkap layar video serangan udara pengganas Israel ke atas Genting Gaza awal pagi ini.
Bagaimanapun masih tidak jelas jika serangan itu mengakibatkan kematian atau kecederaan kepada penduduk Palestin.

Sumber Palestin memberitahu agensi berita AFP, serangan itu menyasarkan satu lokasi timur bandar Khan Younis.

Serangan udara itu merupakan pergolakan terbaharu antara Israel dan Gaza sejak gencatan senjata pada 21 Mei berikutan perang 11 hari yang meragut 256 nyawa penduduk Palestin termasuk 66 kanak-kanak.

12 orang penduduk Israel turut maut akibat terkena roket yang dilancarkan dari Gaza.

Serangan itu juga yang pertama sejak kerajaan gabungan baharu Israel diketuai pemimpin nasionalis berhaluan kanan Naftali Bennett mengambil alih jawatan perdana menteri sekali gus menamatkan pentadbiran Benjamin Netanyahu selama 12 tahun.

Kerajaan baharu itu kelmarin meluluskan perarakan kontroversi, ‘March of the Flags’ yang meraikan ulang tahun penjajahan Israel di Baitulmuqaddis Timur pada 1967.

Perarakan itu dibuat ketika ketegangan kekal tinggi berikutan rancangan Israel memindahkan keluarga Palestin di kawasan perumahan Sheikh Jarrah.

Menjelang perarakan itu, polis Israel mengusir puluhan penduduk Palestin dari luar Pintu Damsyik Kota Lama.

Sekurang-kurangnya 17 penduduk Palestin ditahan dan 33 lagi cedera selepas polis pengganas Israel melempar bom tangan pegun di sekitar Pintu Damsyik.

Ratusan orang Yahudi yang menyertai perarakan itu dapat didengar menjerit: “Mati orang Arab” dan “Moga kampung anda terbakar”. Utv

Pengganas Israel bedil Gaza, sedia perang baharu dengan Hamas


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Israel laknatullah akan bina 534 lagi penempatan haram

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker