Mohon jawatan dalam kerajaan untuk curi maklumat

 

Mohon jawatan dalam kerajaan untuk curi maklumat

Mohon jawatan dalam kerajaan untuk curi maklumat

SINGAPURA: Rakyat Singapura, Dickson Yeo yang ditahan kerana menjadi perisik China sejak 2016, memohon pelbagai pekerjaan dalam kerajaan bagi mengakses maklumat yang akan menarik minat pengaruh asing, menurut Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD).



Yeo, 40, ditahan dua tahun mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), semalam, kerana menjadi satu ancaman kepada Singapura.

Menurut jabatan itu, lelaki itu dikatakan cuba memohon pelbagai jawatan tetapi gagal mendapatkan pekerjaan dalam kerajaan republik itu.

“Beliau cuba mendapatkan pekerjaan bagi pelbagai jawatan dalam sektor awam, jawatan dan agensi yang dia percaya akan membolehkannya untuk mengakses maklumat yang bermanfaat untuk pengaruh asing,” menurut ISD dalam maklum balas kepada pertanyaan Mediacorp.

ISD turut menegaskan bahawa mereka yang ingin menyertai sektor awam dalam jawatan-jawatan yang memerlukan akses untuk memperoleh maklumat sulit pemerintah perlu menjalani pemeriksaan keselamatan.



“Beberapa faktor akan dipertimbangkan sebelum dibenarkan untuk berbuat demikian, termasuk ciri-ciri tugas bagi jawatan tersebut dan kepekaan maklumat yang diakses oleh para penyandang jawatan itu.

Pemeriksaan keselamatan

“Pemeriksaan keselamatan juga berbeza bagi jawatan-jawatan lain yang mempunyai tahap akses yang berasingan kepada maklumat sulit. Atas sebab operasi, kami tidak boleh memberikan perinciannya,” katanya.

Yeo ditahan mengikut ISA sejak 29 Januari lalu, kerana berkhidmat sebagai ejen upahan “negara asing”.

Walaupun ISD tidak mendedahkan nama negara asing itu, Yeo dihukum penjara 14 bulan di Amerika Syarikat tahun lalu kerana melakukan pengintipan untuk China terhadap Amerika Syarikat.



Siasatan ISD menunjukkan Yeo melakukan kegiatan risikan terhadap Singapura dari 2016 sehinggalah dia diberkas di Amerika Syarikat pada 2019.

Yeo juga menubuhkan sebuah syarikat di Singapura sebagai muslihat untuk merahsiakan kegiatan-kegiatan mengumpul maklumat dan merekrut anggota untuk pengaruh asing itu.

Menurut ISD, Yeo direkrut oleh ejen China yang mengaku mewakili kumpulan pemikir ketika lawatan ke Beijing pada 2015.

Ketika itu, dia sedang melanjutkan pengajian untuk mendapatkan gelaran doktor falsafah di Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew di Universiti Kebangsaan Singapura.- AGENSI



© New Straits Times Press (M) Bhd

Mohon jawatan dalam kerajaan untuk curi maklumat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Kerajaan ketepikan amaran KKM, bawa kepada krisis – Najib



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker