Kenapa proses vaksin rumit? Anwar jawab: Bengong

Kenapa proses vaksin rumit? Anwar jawab: BengongKenapa proses vaksin rumit? Anwar jawab: Bengong

Presiden PKR Anwar Ibrahim ditanya selebriti Afdlin Shauki pada program bual bicara malam ini mengenai proses vaksin yang sangat rumit di Malaysia.

Afdlin memberi contoh laporan pemvaksinan di luar negara yang pantas dengan berbagai kaedah termasuk cara pandu lalu.

“Jawabnya bengong, menyampah aku dah.

“Selalu saya jaga bahasa. Tetapi ini saya cakap lepas sajalah,” kata Anwar.

“Ini duduk isi-isi borang tak habis lagi. Apa ini? Orang mati,” tegasnya mengulas proses birokrasi program imunisasi negara.

Setakat tengah hari ini, 101 kes kematian baru dilaporkan dengan jumlah keseluruhan korban seramai 4,069 orang.

Sementara itu, KKM melaporkan 922 pesakit sedang dirawat di UCU dengan 450 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Pun begitu, Anwar berkata sekarang ini berlaku sedikit perubahan dalam kelancaran vaksin.

“Setelah digasak, selepas Tuanku Sultan Selangor tegur,” katanya.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 8 Jun lalu menzahirkan rasa terkejut dan kecewa baginda apabila mendapat tahu hanya 615,210 dos vaksin Covid-19 diberikan kepada negeri itu dan bukan 2.9 juta seperti didakwa sebelumnya.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor Mohamad Munir Bani berkata baginda bertitah peruntukan itu adalah tidak adil kerana ia sama sekali tidak seimbang dengan populasi keseluruhan penduduk Selangor.

Katanya baginda turut mahu agar jumlah pusat pemberian vaksin (PPV) di Selangor ditambah, khususnya di kawasan luar bandar.

Sementara itu, Anwar malam ini juga memberitahu Afdlin, dia turut membangkitkan isu program imunisasi yang dikritik ramai sebagai perlahan ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara pada 9 Jun lalu.

“Saya bila sembah laporan kepada Yang di-Pertuan Agong, saya beritahu Tuanku.

“Ampun Tuanku, rakyat sekarang banyak yang mati, yang boleh dielak kalau vaksin awal.

“Tuanku kata saya juga dapat maklumat dan sudah bagi tahu kepada kerajaan,” jelas ketua pembangkang itu. Mk

Kenapa proses vaksin rumit? Anwar jawab: Bengong


Layari Laman Facebook MYKMU NET


Proses vaksinasi lembab bukti ketidakmampuan pemerintahan – Anwar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker