Tanpa upacara khas Netanyahu serah jua kuasa
Tanpa upacara khas Netanyahu serah jua kuasa
Pemimpin pembangkang sayap kanan Benjamin Netanyahu enggan mengadakan upacara penyerahan kuasa kepada penggantinya, Perdana Menteri Naftali Bennett, menurut media Israel pada Isnin.
“Perdana menteri baharu dan bekas perdana menteri bertemu pagi ini, dan tidak akan ada upacara untuk penyerahan kuasa,” lapor Agensi Anadolu (AA) memetik Israeli Broadcasting Corporation.
Kebiasaannya, upacara penyerahan kuasa berlaku dalam suasana keraian.
Penyiar itu berkata, “semalam, ketua perkhidmatan keselamatan mula memberi taklimat kepada Bennett mengenai beberapa maklumat sulit dan dan bahan-bahan rahsia.”
Kerajaan gabungan Naftali Bennett-Yair Lapid menang undi percaya di Knesset (parlimen Israel) malam tadi, sebelum mesyuarat pertama kerajaan diadakan, menandakan berakhirinya era pemerintahan Netanyahu.
Pada petang Ahad, Netanyahu menjadi ketua pembangkang di Knesset Israel.
Dalam ucapannya di Knesset, Netanyahu berikar akan segera kembali berkuasa
Tanpa upacara khas Netanyahu serah jua kuasa
Baca Artikel Menarik :
- Kerajaan PN Masih Gagal ‘Bangkrapkan’ Saya – Najib Razak
- Kerajaan Perak bagi telefon pintar percuma buat pelajar
- Resepi filet ikan bakar dengan sos tomato dan parmesan
- Resepi Ayam Goreng Masak Halia
- Nora Soto Padat Terbaik Di Lembah Kelang
- Kemunculan durian Tupai King
Layari Laman Facebook MYKMU NET
Aliff kena masuk kelas masakan sebelum jual produk makanan – Chef Wan