Rayuan BPR 2021, LHDN Buka Kaunter Bermula Hari Ini
Kuala Lumpur: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan membuka kaunter Bantuan Khas Kerajaan (BKK) mulai esok untuk permohonan rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
LHDN memaklumkan kaunter itu akan dibuka dari 8 pagi hingga 12 tengah hari berdasarkan waktu bekerja bagi setiap negeri serta melalui janji temu sahaja.
“Ia juga terhad kepada pelanggan yang berisiko rendah berdasarkan aplikasi MySejahtera.
“Pelanggan yang hadir wajib mematuhi setiap prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan seperti mengimbas aplikasi MySejahtera, sentiasa memakai pelitup muka, pemeriksaan suhu badan dan mengamalkan penjarakan fizikal,” menurut agensi itu.
Pertanyaan berkaitan BPR boleh diajukan kepada talian BKK di 1800-88-2747 yang dibuka dari 9 pagi hingga 4 petang (Isnin hingga Jumaat).
Semalam, Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan tempoh rayuan bagi permohonan BPR yang tidak diluluskan akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun ini.
Saya setuju mana-mana pihak mahu tolak tepi PRU15 – Nazri Aziz
Kenyataan LDHN turut memaklumkan urusan bagi Kaunter Duti Setem (Pejabat Setem Cawangan, Pejabat Satelit dan Pusat Khidmat Hasil) kekal dibuka kepada pelanggan dan Pembayar Duti Individu yang tidak boleh mendaftar sebagai pengguna Sistem Taksiran dan Pembayaran Duti Setem (STAMPS) seperti ditetapkan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Waktu operasi kaunter adalah berdasarkan hari bekerja di setiap negeri iaitu dari 8 pagi hingga 1 tengah hari.
Turut kekal beroperasi Kaunter Pusat Bayaran di Pusat Bayaran Kuala Lumpur, Pusat Bayaran Kota Kinabalu dan Pusat Bayaran Kuching pada Isnin hingga Jumaat dari 8 pagi hingga 12 tengah hari.
Talian pejabat akan berfungsi seperti biasa dengan waktu operasi terhad iaitu bagi Hasil Care Line (Pusat Panggilan dan Live Chat) waktu operasi ialah Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang manakala bagi ibu pejabat atau cawangan LHDN, talian adalah ditutup.
Menurut kenyataan itu, pelanggan disyorkan membuat semakan senarai pejabat dan cawangan LHDN yang ditutup sementara terlebih dahulu sebelum hadir ke mana-mana premis bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
Senarai itu boleh dicapai melalui pautan phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/Notis_Penutupan_Cawangan_LHDNM_1.pdf.
Rayuan BPR 2021, LHDN Buka Kaunter Bermula Hari Ini
Baca Artikel Menarik :
- Kerajaan PN Masih Gagal ‘Bangkrapkan’ Saya – Najib Razak
- Kerajaan Perak bagi telefon pintar percuma buat pelajar
- Resepi filet ikan bakar dengan sos tomato dan parmesan
- Resepi Ayam Goreng Masak Halia
- Nora Soto Padat Terbaik Di Lembah Kelang
- Kemunculan durian Tupai King
Layari Laman Facebook MYKMU NET
Aliff kena masuk kelas masakan sebelum jual produk makanan – Chef Wan
You must be logged in to post a comment.