Muhyiddin menghadap Agong sekali lagi


Muhyiddin menghadap Agong sekali lagi. Perdana Menteri tiba di Istana Negara untuk menghadap Agong

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di sini sebentar tadi.

Beliau yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) memasuki pintu 1 Istana Negara diiringi polis pengiring sekitar pukul 2.20 petang.

Ini merupakan sembah maklum kedua Perdana Menteri dalam tempoh seminggu selepas kali terakhir adalah pada Rabu lalu.



Bagaimanapun, sesi menghadap berkenaan merupakan rutin mingguan Al-Sultan Abdullah yang memberi perkenan kepada Perdana Menteri bagi mesyuarat pra-Kabinet.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan pertemuan Perdana Menteri pada hari ini ada kaitan dengan mesyuarat Kabinet atau berkaitan dengan siri pertemuan dengan ketua politik sebelum ini.

Rabu lalu, sesi menghadap di Istana Negara dimulakan oleh Muhyiddin sebelum diikuti Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Sementara pada Khamis, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Pengerusi Penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad; dan Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula selesai menghadap Al-Sultan Abdullah.



Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran dan Presiden Parti Bersatu Sabah, Datuk Seri Maximus Ongkili pula menghadap Seri Paduka pada Jumaat.

Sesi menghadap berakhir hari Isnin membabitkan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg; Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri James Jemut Masing; Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Seri Sim Kui Hian dan Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Seri Tiong King Sing. Ia berlangsung secara maya. Awani

Muhyiddin menghadap Agong sekali lagi

 


Layari Laman Facebook MYKMU NET




Kerajaan dah tak ada banyak wang, kata Muhyiddin

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker