Permohonan lanjut pelajaran menerusi UPU dibuka semula

Permohonan lanjut pelajaran menerusi UPU dibuka semula

Permohonan lanjut pelajaran menerusi UPU dibuka semula

PUTRAJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju membuka semula permohonan kemasukan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula esok sehingga 21 Jun ini.

KPT dalam kenyataan berkata, pelajar lepasan SPM kini boleh membuat permohonan ke program Sijil, Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Katanya, keputusan itu dibuat bagi memberi peluang kepada pelajar yang tidak berkesempatan untuk berbuat demikian dalam tempoh yang sudah ditetapkan sebelum ini.

“Sehubungan itu, pemohon boleh melayari portal rasmi https://upu.mohe.gov.my sama ada untuk membuat permohonan kemasukan atau membuat pilihan program pengajian untuk melanjutkan pengajian ke IPTA dan ILKA di mana berkaitan.

Permohonan lanjut pelajaran menerusi UPU dibuka semula

“Pelajar yang belum pernah memohon boleh mengemukakan permohonan dan memilih program pengajian yang dikehendaki manakala, bagi pelajar yang sudah memohon sebelum ini boleh mengemaskini pilihan program pengajian.

“Permohonan boleh dilakukan bermula esok sehingga 21 Jun ini dari jam 12 tengah hari hingga 5 petang,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Dalam pada itu, KPT berharap dengan keputusan membuka semula permohonan ini ia memberi ruang yang secukupnya kepada pelajar untuk mengemukakan permohonan bagi memudahkan urusan permohonan bagi melanjutkan pengajian. BH

Permohonan lanjut pelajaran menerusi UPU dibuka semula


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Lepasan SPM 2020 boleh kemas kini UPUOnline mulai 15 Jun

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker