Naftali Bennett tamatkan penguasaan Netanyahu

Naftali Bennett tamatkan penguasaan 12 tahun Netanyahu
Naftali Bennett tamatkan penguasaan Netanyahu

NAFTALI Bennett mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Israel yang baharu pada Ahad selepas memenangi undi percaya dengan 60 ahli Parlimen menyokong dan 59 menentang.

Kemenangan itu sekali gus menamatkan penguasaan 12 tahun Benjamin Netanyahu.

Bennett berjaya memecah rekod Netanyahu sebagai pemimpin Israel yang memegang jawatan itu selepas melalui empat pilihan raya dalam masa dua tahun.

Bennett merupakan pemimpin dari parti sayap kanan Yamina dengan hanya tujuh kerusi dalam Parlimen Israel, Knesset.
Ia menjadikan Bennette satu-satunya perdana menteri dengan jumlah kerusi yang kecil.

Dalam perkembangan sama, Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengucapkan tahniah kepada Bennette melalui panggilan telefon dan berharap dapat bekerjasama dengan perdana menteri yang baharu itu.

“Kedua-dua pemimpin juga bersetuju mereka akan duduk semeja untuk membincangkan mengenai banyak perkara melibatkan keselamatan serantau termasuk Iran,” kata White House dalam satu kenyataan. Awani

Naftali Bennett tamatkan penguasaan Netanyahu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Rejim penjajah Israel tembak mati tiga warga Palestin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker