Bunuh jiran selepas kena marah isteri

Bunuh jiran selepas kena marah isteri
Gambar hiasan

Bunuh jiran selepas kena marah isteri

NIBONG TEBAL – Seorang lelaki maut dengan tujuh kesan tikaman pada belakang badan dipercayai dibunuh jirannya dalam kejadian di Rumah Pangsa Taman Desa Jawi di sini pagi Isnin.

Kejadian kira-kira jam 3.45 pagi itu dikatakan berpunca selepas mangsa berusia 35 tahun dan suspek berusia 27 tahun minum minuman keras sehingga mabuk di kawasan luar rumah mereka.

Difahamkan, suspek membuat bising ketika mahu pulang ke rumah menyebabkan isterinya menegur perbuatannya di depan mangsa.

Tidak puas hati selepas ditegur, suspek bertindak memukul dan memarahi isterinya sebelum masuk ke dalam bilik dengan membawa dua anak mereka.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, kejadian berkenaan disedari seorang saksi yang juga penyewa bilik di rumah pasangan itu selepas mendengar bunyi bising di bahagian ruang tamu.

Menurutnya, saksi berusia 50 tahun itu melihat suspek memukul isterinya dan sebelum membawa masuk dua anaknya ke dalam bilik namun tidak lama kemudian keadaan kembali kecoh di luar rumah.

“Curiga dengan bunyi bising, wanita (saksi) itu keluar untuk melihat apa yang berlaku dan menurutnya dia melihat suspek berada di belakang mangsa dan menikamnya dengan pisau.

“Melihat pergelutan yang berlaku saksi dan isteri suspek cuba menghalang perbuatan lelaki berkenaan namun pisau yang dipegang terkena pada lengan saksi sebelum suspek bertindak lebih agresif.

“Lelaki itu dikatakan terus memarahi mangsa sebelum bertindak memukul isterinya kerana cuba menghalangnya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Isnin.

Chong Chern berkata, isteri suspek berjaya menyelamatkan diri selepas bergelut dengan suaminya manakala mangsa yang cedera sempat mengarahkan saksi kejadian untuk menghubungi ambulans dan mendapatkan bantuan.

Katanya, mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap untuk mendapatkan rawatan namun dia disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Mengulas lanjut, Chong Chern berkata, polis menerima laporan kejadian berkenaan kira-kira jam 4.05 pagi daripada seorang wanita yang memaklumkan mengenai kejadian seorang wanita dipukul oleh seorang lelaki di Blok C rumah pangsa berkenaan.

Katanya, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian dan berjaya menangkap suspek yang masih dalam keadaan mabuk di rumahnya.

“Polis juga berjaya menemui sebilah pisau berukuran 25cm yang digunakan suspek untuk membunuh jirannya itu di lokasi kejadian.

“Suspek yang bekerja sebagai pemungut kelapa sawit kini ditahan dan akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,”katanya.

Bunuh jiran selepas kena marah isteri


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Laksa Air Itam henti operasi kerana gangguan pemungut hutang, Covid-19

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker