Apa guna darurat jika tak mampu bantu rakyat – Asyraf

Apa guna darurat jika tak mampu bantu rakyat – Asyraf

Apa guna darurat jika tak mampu bantu rakyat – Asyraf

KUALA LUMPUR – Dalam tempoh sebulan setengah berbaki sebelum darurat tamat, kerajaan digesa memanfaatkan Ordinan Darurat untuk kepentingan rakyat.

Ia termasuk mengarahkan bank menawarkan moratorium tanpa caj atau faedah tambahan kepada semua golongan termasuk M40, memberi rakyat akses kepada i-Sinar dan i-Lestari 2.0 serta mengawal harga barang keperluan asas yang naik mendadak ketika pandemik.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dasuki berkata, apa guna darurat jika tak dapat bantu rakyat.

Sebelum ini Pemuda UMNO berpendirian tidak ada keperluan darurat diteruskan selepas 1 Ogos ini kerana pelaksanaannya lebih memudaratkan negara sedangkan jelas tidak berkesan untuk menurunkan kes Covid-19 kepada sekurang-kurangnya dua angka.

Ketika ini banyak pihak yang mempersoalkan kewajaran darurat diteruskan selepas 1 Ogos.

Asyraf berkata, apabila kali pertama pada 23 Oktober 2020 kerajaan mencadangkan darurat, Yang di-Pertuan Agong menolaknya setelah diadakan Perjumpaan Khas antara Yang di-Pertuan Agong bersama Raja-Raja Melayu pada Ahad, 25 Oktober.

Bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong perkenan cadangan darurat selepas kali kedua dicadangkan oleh kerajaan pada 12 Januari 2021.

Berhubung apakah kewajaran untuk Darurat yang bakal berakhir 1 Ogos 2021 ini diteruskan ataupun tidak, Asyraf berkata, satu Perjumpaan Khas Majlis Raja-Raja akan diadakan 16 Jun ini, antara lain bagi membincangkan isu Covid-19 ini. MG

Apa guna darurat jika tak mampu bantu rakyat – Asyraf


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


UMNO mahu darurat ditamatkan, tak pernah tuntut Mageran – Asyraf

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker