54 individu dikompaun joging, lepak di jambatan
54 individu dikompaun joging, lepak di jambatan
KLANG: Gara-gara berkumpul dan berjoging sekali gus melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika Sekatan Pergerakan Penuh, seramai 54 individu dikenakan kompaun di Jambatan Raja Muda Nala, di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, tindakan dijalankan berdasarkan aduan daripada orang awam terhadap aktiviti di lokasi berkenaan.
“Tinjauan dijalankan kira-kira jam 6 petang mendapati terdapat ramai orang awam telah meletak kenderaan berdekatan tempat halangan batu di lokasi berkenaan.
“Selain itu terdapat aktiviti berjoging serta melepak di atas Jambatan Raja Muda Nala yang telah ditutup,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Katanya, sehubungan itu, seramai 54 individu telah dikenakan kompaun bernilai RM2,000 setiap satu.
“Kompaun dikeluarkan terhadap mereka yang berada di lokasi aduan, bantuan turut diberikan oleh Ibu Pejapat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dengan menghantar Team Enforcement IPK Selangor,” katanya. Awani
54 individu dikompaun joging, lepak di jambatan
Baca Artikel Menarik :
- Cara Islam rawat stres
- Suami isteri jual pau RM1 bagi teruskan kelangsungan hidup
- ‘Saya akan cari orang yang beria malukan saya’ – Amaran Tajuddin pada pengkritiknya
- Darurat: Jawatankuasa Khas patut nasihat Agong, bukan Kabinet
- Resepi Kari Ayam Kapitan
- Resepi Fettucine Carbonara Udang dan Cendawan
Layari Laman Facebook MYKMU NET
You must be logged in to post a comment.