Tajuddin Rasa Terhina dan Dimalukan Cadang Saman
Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman, akan mengambil tindakan terhadap pihak yang dianggap memalukan dan menjatuhkan reputasi serta imejnya berhubung insiden kemalangan tren transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya pada Mei lalu.
Tajuddin berkata, tindakan itu akan diambil setelah dia berasa dimalukan sehingga ada yang membuat petisyen dalam talian supaya dia dipecat daripada jawatan pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).
Katanya, laporan-laporan berhubung kemalangan itu – terutamanya yang disiarkan portal berita – mencalarkan imej selain memberi gambaran tidak adil terhadapnya.
“Saya dimalukan di seluruh Malaysia sebagai seorang tokoh tidak layak, tidak sensitif, rasis, tidak ikut prosedur operasi standard (SOP), hingga ada pula yang sanggup buat petisyen untuk letak jawatan.
“Ia tidak adil bagi saya, satu hari saya akan kenal pasti siapa yang beria-ia sangat (menghentam) itu dan ambil tindakan mengikut peraturan undang-undang,” katanya selepas menyampaikan bantuan prihatin rakyat di pusat khidmatnya di Pasir Salak, Perak hari ini.
Tajuddin pada 26 Mei lalu ditamatkan perkhidmatan daripada Prasarana berkuat kuasa serta-merta.
Perkara itu dinyatakan dalam sepucuk surat yang ditandatangani Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.
Pemecatan itu dibuat selepas Tajuddin mendapat kecaman susulan kenyataan dan cara dia mengendalikan sidang media mengenai kemalangan LRT yang berlaku sehari sebelumnya.
Kerajaan jangan jadi warden penjara pada rakyat
Cabar lihat semula video
Ketika menjawab pertanyaan wartawan mengenai situasi di lokasi kemalangan LRT berkenaan, Tajuddin berkata “normal … hanya dua tren bersama, saling bercium …” dan kemudian ketawa kecil.
Kenyataan itu mengundang kecaman orang ramai termasuk media antarabangsa.
Dalam pada itu, Tajuddin berkata amat tidak adil apabila pihak memanipulasikan “gurauannya” sehingga memberi gambaran dia tidak prihatin terhadap insiden berkenaan.
Bahkan dia selaku pengerusi Prasarana ketika menzahirkan rasa sedih dan kecewa dengan insiden yang berlaku termasuk mengadakan perbincangan segera untuk membantu mangsa-mangsa yang terlibat dengan menanggung kos rawatan di hospital dan bantuan khas.
Tambahnya lagi, bagi individu yang mengenalinya akan tahu sikapnya yang gemar berseloroh.
“Saya cabar mereka lihat balik video sepanjang sidang media itu dan buktikan saya tidak sensitif.
“Adakah hanya kerana saya bergurau sedikit dan sebutkan pertembungan dua tren itu sebagai ‘kiss each other’, maka itu diambil sebagai bahan bahawa saya tidak prihatin dan sensitif?
“Orang yang kenal Tajuddin tahulah saya bagaimana, tetapi mereka yang tak kenal saya ini mainkan cerita-cerita seolah-olah ada agenda politik untuk menjatuhkan imej saya,” katanya lagi.
Tajuddin Rasa Terhina dan Dimalukan Cadang Saman
Baca Artikel Menarik :
- Pejuang mahu kelulusan segera selepas Mahathir mengadap Agong
- Resepi Kayangan Gratinated Baked Potatoes
- Hamzah hina jawatankuasa kaji Parlimen hibrid
- Pesakit Covid-19: Lesu, sukar tidur antara 5 sindrom pasca Covid-19
- Resepi omelet tuna gulung yummy
- Aliff kena masuk kelas masakan sebelum jual produk makanan – Chef Wan
Layari Laman Facebook MYKMU NET
Ibu dalam pantang dukung bayi, pimpin anak, lari daripada kebakaran
You must be logged in to post a comment.