Resepi ikan jenahak taucu
Resepi ikan jenahak taucu simple tapi sedap
Sedapnya ikan jenahak masak taucu ni. Bagi yang buntu hendak masak apa hari ini boleh cuba resipi yang mudah dan menyelerakan ini. Resipinya sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Jom cuba!
BAHAN
1 potong isi ikan jenahak
1 sudu besar kacang taucu – asingkan airnya
3 sudu besar kicap manis
2 cm halia – kisar
1 ulas bawang putih – cincang
1 ulas bawang merah – cincang
3 tangkai cili padi
3 tangkai daun bawang
Sedikit minyak untuk menumis
CARA
1.Perapkan isi ikan jenahak bersama air taucu yg diasingkan dan sedikit pes halia sekurang-kurangnya 2 jam. Kemudian panggang di atas kuali leper sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
2.Tumiskan halia, bawang putih, bawang merah dan kacang taucu sehingga garing dan naik bau.
3.Masukkan kicap manis dan cili padi. Sebatikan rasa.
4.Setelah masak, tuangkan kuah di atas ikan jenahak dan taburkan hirisan daun bawang. Utv
Baca Artikel Menarik :
- Ditahan kerana halang tugas polis, keluar kata kesat
- Tak seksi pun, biasa jer kata Lizzy
- Reman pegawai polis disyaki rogol tahanan wanita disambung 3 hari
- Aishah Pertahankan Kenyataan Prof Muhaya?..“Bukan Jadi Betul-Betul Bodoh Pun 🤭🤭 ”
- Resepi Daging Dendeng Berlada Minang
- Resepi Kayangan Gratinated Baked Potatoes
Layari Laman Facebook MYKMU NET
Resepi Daging Dendeng Berlada Minang
You must be logged in to post a comment.