Resepi Daging Dendeng Berlada Minang

Resepi Daging Dendeng Berlada Minang
Resepi Daging Dendeng Berlada Minang

Siapa yang pernah makan daging dendeng berlada ini pasti tahu nikmat kesedapannya.

Rasanya berdesup hingga ke dalam. Apa lagi jom kita buat daging dendeng ni.

Bahan- bahan Untuk Daging

1kg Daging (hiris2 daging… jgn terlalu kecik..) tgk la mcm kat dlm gambar nuh.. hehehe

Bahan Kisar

1 inci Halia
5 ulas Bawang Putih
4 inci Kunyit Hidup/serbuk kunyit 1 1/2 sudu

Bahan-Bahan Untuk Lada

1 biji Bawang Besar
1 biji Tomato/Asam Jawa/Limau Sambal
7-10 Lada Merah

*Bland lada, bawang,Tomato (jika nak pakai tomato… kalau nak pakai Asam atau Limau letak waktu menggoreng lada nanti..tak perlu campur)

*bagi yang baru try nak buat…tak perlu pakai Asam atau limau….. lain jadinya…. takut terkurang tak pun terlebih.

*Bahan-bahan tambahan boleh la letak Kentang Goreng.

*tak banyakkan bahan dia?

Cara buatnya

1. Daging yang di hiris itu perlu di rebus dengan Bahan Kisar dan letakan garam

2. Bila daging dah menyerap semua bahan2 kisar tadi… angkat

3. Tumbuk daging tersebut dengan Batu Pahat, haha, batu lesung la….. agak-agak ok… jangan hancus….

4. Lepas semua siap ditumbuk.. panaskan minyak dan goreng….

* kalau suka daging ni dimakan kering lamakan masanya, jika sebaliknya cukup la warna keperangan…. Jangan risau daging ini memang dah masak…. sebab dia menjalani proses rebusan tadi…

ok letak tepi daging tadi…. sekarang kita buatt lada…

1.Panaskan Minyak (gunakan minyak menggoreng Daging tadi)

2. Hiriskan bawang dan goreng bersama minyak yang panas. (bagi siapa yang tak suka banyak bawang tak payah ikut proses ini ok sebab lada tadi dah blend dengan bawang sekali)

3. Setelah bawang bertukar warna masukkan lada yg di blend tadi….(boleh la masukkan asam atau limau jika tak menggunakan Tomato)

4. Masukan Garam dan serbuk perasa jika mahu.
(berapa banyak lada yg digunakan? lagi banyak lagi pedas…. ikut la kesesuaian daging)

5. Tunggu sehingga minyak naik… tu tandanya dah masak

6. Bagi yang tak suka minyak banyak.. buangla minyak yang berlebihan tadi… tapi jangan buang semua sebab nanti xtak sedap kat daging.

7. Masukkan daging dan kentang tadi ke dalam lada yg sudah masak.

Siap untuk dihidang.

Resepi Daging Dendeng Berlada Minang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Resepi gulai ikan temenung sedap baq hang

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker