Penganjur majlis kahwin, jurugambar dikompaun RM4,000

Penganjur majlis kahwin, jurugambar dikompaun RM4,000
Penganjur majlis kahwin, jurugambar dikompaun RM4,000

Penganjur sebuah majlis perkahwinan di Pulau Pinang dan seorang jurugambar dikompaun RM2,000 setiap orang semalam kerana melanggar SOP perintah kawalan pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai, Noorzainy Mohd Noor berkata, difahamkan majlis berkenaan dianjurkan bagi meraikan pernikahan anak lelaki penganjur.

Beliau berkata, polis memeriksa 19 ahli keluarga dan jurugambar dalam majlis tersebut yang diadakan di sebuah rumah di Butterworth.



“Saya terkilan kerana masih ada individu yang gagal mematuhi SOP dengan menganjurkan majlis perkahwinan yang tidak dibenarkan dalam tempoh PKP,” katanya dalam kenyataan.

Noorzainy berkata, kompaun itu adalah satu daripada 41 kompaun yang dikeluarkan semalam atas kegagalan mematuhi SOP PKP.

Katanya, kesalahan tertinggi yang dicatatkan semalam ialah pergerakan rentas negeri membabitkan sembilan individu dikompaun. FMT

Penganjur majlis kahwin, jurugambar dikompaun RM4,000


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU NET


Pandu uji kereta: Kertas siasatan MB Kedah dirujuk ke Bukit Aman



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker