‘OSAMA’ Berjaya Ditumpaskan.

'OSAMA' Berjaya Ditumpaskan.

 

‘OSAMA’ Berjaya Ditumpaskan.

Kampala: Seekor buaya bernama ‘Osama’ yang sudah meragut 80 nyawa akhirnya berjaya ditangkap di sebuah kampung di Luganga, Uganda.



Ia ditangkap selepas haiwan itu memakan umpan paru-paru lembu.

Reptilia sepanjang lima meter itu sebelum ini menjadikan penduduk kampung termasuk kanak-kanak sebagai mangsa.

'OSAMA' Berjaya Ditumpaskan.

The Sun melaporkan, buaya yang mengganas sejak 14 tahun lalu itu dianggarkan berusia 75 tahun oleh penduduk tempatan.



Menurut laporan, haiwan itu kebiasaannya muncul di Sungai Victoria untuk mencari mangsa.

Osama juga dikatakan akan berenang di bawah perahu nelayan sebelum menterbalikkannya dan membaham mangsa.

Penduduk menganggap buaya ini memiliki ‘kuasa’ sehingga dapat hidup untuk tempoh yang panjang.

Dalam pada itu, seorang lelaki menceritakan dia dan saudaranya pernah diserang buaya berkenaan.



'OSAMA' Berjaya Ditumpaskan.

Paul Kyewalyanga berkata, ketika kejadian, dia mendayung perahu untuk memancing, tiba-tiba buaya ‘melompat’ dan membaham saudaranya, Peter.

Berat reptilia itu menyebabkan perahu dinaiki mereka tenggelam ke dalam sungai dan buaya itu menggigit kaki mangsa.

Peter kemudian ditarik ke dalam sungai sebelum hilang dari pandangan.-The Sun



‘OSAMA’ Berjaya Ditumpaskan.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Buaya Darat Dah Masuk Jerat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker