Lagi kawasan wabak anjing gila dikesan

Sebaran :

KUCHING – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sarawak pada Jumaat mengisytiharkan kawasan Lawas Bazaar, Lawas di Limbang sebagai kawasan baharu wabak anjing gila atau rabies.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi JPBN Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata pengisytiharan itu susulan dua kes anjing positif rabies di kawasan berkenaan baru-baru ini.

“Memandangkan kawasan ini berada di luar 10km radius dari kawasan yang telah diisytiharkan, maka kawasan ini merupakan kawasan baru wabak rabies yang ke-71,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.



Uggah berkata setakat ini sebanyak 71 kawasan telah diisytiharkan sebagai kawasan wabak rabies iaitu Kuching (7), Samarahan (4), Serian (22), Sri Aman (6), Betong (3), Sarikei (5), Sibu (3), Kapit (1), Mukah (6), Bintulu (5), Miri (7) dan Limbang (2).

Sementara itu, Uggah berkata, pemilik anjing diingatkan supaya memastikan anjing mereka diberi suntikan vaksin anti-rabies setiap tahun.

Suntikan vaksin rabies boleh didapati di Pejabat Veterinar Bahagian atau klinik haiwan swasta.



“Kegagalan berbuat demikian boleh disabit kesalahan di bawah Seksyen 40, Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999,” katanya.

Warisan nafi keluar kenyataan bersama PAS sokong Hisham sebagai PM baru

Lagi kawasan wabak anjing gila dikesan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET




Saya nak hadiah gajet untuk perakam test drive – Sanusi

 


Sebaran :

Leave a Reply