Naib Ketua UMNO Bahagian Rasah meninggal dunia

Sebaran :


KUALA LUMPUR: Naib Ketua UMNO Bahagian Rasah, Datuk Baharin Mohamad meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) pada jam 2 petang tadi. Beliau berusia 70 tahun.

Pemergian Allahyarham dimaklumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Dukacita menerima perkhabaran Naib Ketua UMNO Bahagian Rasah, Datuk Baharin Mohamad telah kembali ke rahmatullah siang tadi.



“Allahyarham meninggalkan kita pada hari Jumaat hari yang mulia penghulu segala hari. Al-Fatihah,” katanya dalam melalui satu ciapan di laman Twitternya pada Jumaat.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, yang juga Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Memetik laporan Bernama, Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Tuan Haji Said Seremban pada jam 6 petang.



Allahyarham juga merupakan Naib Presiden Persatuan Berbasikal Negeri Sembilan (PLBNS).

Menurut Timbalan Presiden PLBNS Yunus Ibrahim, Allahyarham telah disahkan positif COVID-19 pada 2 Jun lalu dan dimasukkan ke HTJ selepas mengadu sesak nafas.

Yunus berkata Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Normah Sentol dan dua anak. Awani



“Tuhan jika Engkau wujud, selamatkan anakku!”


Sebaran :

Leave a Reply