Total Lockdown tapi kluster tempat kerja ‘hari-hari bertambah’

Penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ fasa pertama di seluruh negara yang akan berakhir 14 Jun ini dilihat tidak mampu memuaskan hati rakyat.

Ini kerana kluster melibatkan tempat kerja masih terus berlaku walaupun kerajaan hanya membenarkan sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk beroperasi.

Berikutan itu, rata-rata netizen mempersoalkan manfaat PKP dilaksanakan selain menyifatkan ia sebagai sia-sia kerana sektor yang mencetuskan banyak kluster dibenarkan beroperasi.

“Baik tak payah PKP. Yang tak cetus banyak kluster di suruh duduk rumah. Yang mencetus banyak kluster disuruh beroperasi.

“Bukannya suruh tutup lama-lama. Paling tidak dua minggu saja. Faham ekonomi penting, tapi kalau tidak ada kesihatan, mana datangnya ekonomi, siapa yang nak buat kerja,” soal Yop Man.

Warganet dikenali Nassa Aryu pula menganggap tempoh 14 hari ini sia-sia sekiranya PKP tidak dilaksanakan secara serius.

“Nampaknya 14 hari lagi yang sia-sia kalau kerajaan masih lagi buat PKP main-main.

“Kluster tempat kerja yang banyak tapi banyak tempt kerja yang dibenar beroperasi,” katanya.

Berlainan pula dengan Mohd Yusof yang menyarankan pihak kerajaan dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) memikirkan satu cara bagi mengelakkan kebocoran di sana sini akibat dari jangkitan dan kewujudan kluster di tempat kerja.

Cadangan itu katanya, jika mahu sektor perkilangan beroperasi ketika tempoh ‘lockdown’ ini.

Sebagai contoh, mewajibkan setiap individu yang bekerja sepanjang tempoh ‘lockdown’ menjalani saringan COVID-19 terlebih dahulu sebelum dibenar untuk bekerja.

“Dengan cara ini sekurang-kurangnya dapat mengelakkan mereka yang mungkin sudah positif COVID-19 tapi masih belum dapat dikesan, boleh menjangkiti rakan di tempat kerja.

“Atau diberi keutamaan untuk menerima vaksin (bagi yang sudah mendaftar) terlebih dahulu sebelum dibenar untuk bekerja.

“Mungkin dengan cara ini juga dapat mengelakkan kluster jangkitan, dan sekiranya dijangkiti juga setidak-tidaknya kita dapat mengurangkan kesan sampingan yang serius disebabkan COVID-19,” katanya.

Hari ini 22 kluster baharu dilaporkan melibatkan 18 kluster tempat kerja, 3 komuniti dan 1 kluster keagamaan.

Anwar masih rujuk kepada Mahathir

Total Lockdown tapi kluster tempat kerja ‘hari-hari bertambah’


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Panas!!! Siapa Penyanyi Remaja Gemar Berbogel Secara Terbuka Yang Didedahkan Oleh Netizen??

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker