Tidak perlu dilihat bodoh, inilah sebab mengapa WANITA begitu istimewa di sisi Allah
Tidak perlu dilihat bodoh, inilah sebab mengapa WANITA begitu istimewa di sisi Allah
Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nama yang begitu mulia iaitu rahim. Kenapa ia dinamakan rahim? Ayuh sama-sama kita ingat kembali nama-nama Allah. S.W.T. Dalam 99 nama Allah terselit satu nama iaitu Ar- Rahim yang membawa maksud ´Maha Penyayang´.
Mulianya wanita di sisi Allah sehingga wanita dipilih untuk diabadikan nama Nya di dalam sebahagian tubuh wanita. Pastinya Allah S.W.T. akan memilih sesuatu yang mulia, juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia.
Allah S.W.T. tidak memberikan nama yang semulia ini kepada bahagian tubuh lelaki tetapi Dia memberikannya kepada bahagian tubuh wanita. Sebagaimana yang diperkatakan keistimewaan rahim ini dilihat dari sudut falsafah dan bukannya dari sudut biologi.
Rahim inilah yang merupakan penghubung kepada makhluk. Di dalam rahimlah, wanita menjaga ciptaan Allah S.W.T. dan memberi makan kepada apa yang Allah S.W.T. ciptakan.
Itu amanah Allah terhadap makhluknya yang bertuah. Siapa dapat menafikan kepentingan rahim bagi kewujudan manusia? Anugerah rahim kepada wanita sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan betapa mulianya wanita di sisi Allah S.W.T.
Bukan itu sahaja, wanita juga mempunyai keistimewaan melalui doa yang dipanjatkannya. Doa yang dipanjatkan oleh wanita lebih mustajab kerana tersemat nilai kasih sayang dan penghayatan yang amat tinggi oleh kaum wanita.
Secara tidak langsung ia berkait rapat dengan rahim yang turut menyalurkan kasih sayang kepada anak dalam kandungan sejak azali lagi.
Jika dibandingkan juga kasih sayang antara lelaki dan wanita iaitu ibu dan bapa, pasti kita akan merasakan kelainannya. Oleh sebab itu, wanita kebanyakannya berdoa dengan rasa dan kesungguhan.
Wanita adalah ciptaan terindah dan sebaik-baik perhiasan dunia.
Namun begitu, tidak dinafikan lelaki juga memiliki rasa tetapi ego mereka menghalang rasa tersebut. Apabila seseorang itu tahu untuk berdoa dengan penuh kasih sayang membuatkan doa lebih mustajab. Maka itu doa seorang wanita yang penyayang tidak akan sia-sia dengan adanya kasih sayang yang ikhlas.
Begitu juga dengan rasa cinta yang dimiliki oleh wanita. Jika dia mencintai seseorang, mereka akan mencintainya sepenuh hati.
Hal ini kerana wanita kebanyakannya dilahirkan dengan sifat ingin dibelai dengan manja. Apabila mereka mendapat belaian jiwa daripada pasangan mereka, secara tidak langsung perasaan kasih sayang dan cinta mereka akan semakin utuh.
Kebanyakan wanita juga sanggup berkorban apa sahaja jika mendapat sepenuh kasih sayang. Segala-galanya bermula dari hati untuk mendapatkan rasa cinta yang sebenarnya.
Lain pula jika wanita itu dibesarkan dalam suasana keganasan. Mungkin rasa cinta itu tidak muncul sebagaimana wanita yang mendapat belaian jiwa ini. Kerana itu juga lelaki sebagai pelindung wanita perlu memastikan wanita mendapat kasih sayang dan belaian jiwa yang sewajarnya bagi keharmonian rumah tangga.
Sebaik-baik lelaki
Malah, Rasulullah s.a.w. juga ada menyebut manusia terbaik adalah mereka yang terbaik sikap dan perilakunya terhadap kaum wanita. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik akhlaknya dari kalangan mereka, dan sebaik-baik kamu adalah orang yang paling baik kepada isterinya.” – HR Tirmizi
Tetapi, dek kerana emosi wanita yang menduduki tangga tertinggi membuatkan wanita itu kelihatan lemah berbanding lelaki. Sering kali mereka kalah dengan emosi mereka. Jika ia dijaga dengan baik dan memastikan emosi positif sentiasa menduduki jiwa pasti elemen jiwa tidak akan terganggu.
Dengan itu ketenangan jiwa mampu dihasilkan serta akan wujud minda positif yang sebenar. Emosi positif hasil daripada sikap kasih sayang semula jadi dalam diri wanita memberikan satu lonjakan tenaga yang kuat.
Tenaga sedemikian akan membuat kepada kekentalan jiwa serta keberanian dalam mengharungi kehidupan dunia.
Jika ingin melawan ego, seseorang itu harus tahu maksud dan elemen-elemennya. Tertarik dengan kata-kata Sun Tzu, yang merupakan seorang panglima perang China suatu ketika dahulu yang menyebut
“Jika ingin menang dalam peperangan, kita hendaklah mengenal musuh kita.”
Kata-kata itu memang benar kerana dengan mengenali musuh, kita mampu membuat persiapan dari segi mental dan fizikal.
Dalam konteks ini, selagi ada ego, kita tidak akan mendapat keadaan super sedar yang sebenarnya. Minda bawah sedar hanya mampu mencapai ketenangan minda. Ego yang menjadi penghalang adalah segala kehendak, keinginan dan tujuan yang dibawa oleh fikiran selain kehendak Tuhan. Dalam erti kata lain ego itu sebenarnya ialah nafsu.
Lelaki juga mampu untuk mendapatkan minda positif. Untuk itu mereka perlu membuang rasa sifat ego yang sememangnya satu sifat semula jadi bagi lelaki. Tidak salah mempunyai ego asalkan tidak berlebihan dan kena pada tempatnya. Jangan terlalu merendahkan martabat wanita sehingga diri berbangga sebagai lelaki.
Bahkan, ada hadis yang menyebut,
“Barang siapa yang membesarkan dan mendidik dua puterinya dengan kasih sayang, dia akan masuk syurga.”
Hadis ini mengajar untuk berlatih agar emosi positif tercapai disertai dengan lonjakan tenaga yang kuat. Apabila seseorang itu mendidik anak perempuan mereka dengan penuh kasih sayang, secara tidak langsung ia akan memupuk nilai kasih sayang dalam diri secara ikhlas.
Dalam tidak disedari, gelombang otak teta yang membuatkan seseorang itu merasa syahdu penuh nikmat akan dirasai ekoran perasaan kasih sayang tersebut.
Jika seseorang itu berjaya gelombang delta dalam meditasi, hidup mereka akan dipenuhi dengan kasih sayang. Andainya gelombang ini ditebarkan dalam keluarga, tidak mustahil seluruh keluarga akan berada dalam kasih sayang dan hidup penuh bahagia.
Maka wanita, tidak perlulah dilihat bodoh atau membodohkan diri di hadapan lelaki. Wallahu a’lam. Utv
Tidak perlu dilihat bodoh, inilah sebab mengapa WANITA begitu istimewa di sisi Allah
Baca Artikel Menarik :
- Isu buat bodoh, giliran Dr Harlina pula kritik Dr Muhaya
- Tak sangka Yah Kuchai popular
- Sharifah Amani Isu Jodoh: ‘Takyah Jadi Bodoh, Percaya Pada Iman InsyaAllah Dia Sampai.
- Resepi Nasi Goreng Ikan Masin Terlajak Sedap
- Resepi Kuih Talam Suji Coklat
- Cadangan penubuhan Mageran dan nasib Muhyiddin
Layari Laman Facebook MYKMU NET
Berang kerana sebiji tembikai, ini yang dilakukan ahli sufi kepada isterinya