Resepi suhun goreng kucai sedap dan lazat
Resepi suhun goreng kucai sedap dan lazat
Resepi suhun goreng kucai ini memang mudah dan sedap. Boleh dijadikan lauk atau dimakan begitu sahaja.
Jom lihat cara menyediakan resepi ini dan bahan-bahan yang diperlukan.
BAHAN:
2 paket suhun sedang
2 ekor sotong bersaiz besar-potong bulat
8 ekor udang
Tauge secukupnya
daun kucai secukupnya
BAHAN KISAR:
2 tangkai lada merah
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1/2 kiub ayam
CARA:
1.Rendam suhun hingga lembut.
2.Bersihkan udang dan sotong, cuci bersih tabur tepung gandum, serbuk kunyit garam dan lada sulah.
3.Goreng hingga masak angkat dan ketepikan.
4.Tumis bahan kisar hingga wangi dan garing, masuk sos tiram. Tambah kiub ayam, agak garing masukkan suhun. Kacau rata dan sebati.
5.Masuk sayur kucai dan tauge. Kacau lagi hingga sebati, masuk udang dan sotong gaul rata. Sedia dihidangkan.
Resepi oleh Norzila Saim
Resepi suhun goreng kucai sedap dan lazat
Baca Artikel Menarik :
- Isu buat bodoh, giliran Dr Harlina pula kritik Dr Muhaya
- Tak sangka Yah Kuchai popular
- Sharifah Amani Isu Jodoh: ‘Takyah Jadi Bodoh, Percaya Pada Iman InsyaAllah Dia Sampai.
- Resepi Nasi Goreng Ikan Masin Terlajak Sedap
- Resepi Kuih Talam Suji Coklat
- Cadangan penubuhan Mageran dan nasib Muhyiddin
Layari Laman Facebook MYKMU NET