Bukti ‘Kayangan’ Louis Vuitton dibenarkan beroperasi

Bukti 'Kayangan' Louis Vuitton dibenarkan beroperasi

Bukti ‘Kayangan’ Louis Vuitton dibenarkan beroperasi

Kerajaan mengesahkan outlet barangan mewah Louis Vuitton dibenarkan beroperasi semasa sekatan pergerakan penuh.

Bagaimanapun ia hanya dibenarkan untuk khidmat penghantaran, bukan kunjungan terus pelanggan ke kedai.

“Tiada pihak dibenarkan membuat kunjungan terus ke kedai selain perkhidmatan penghantaran untuk mengambil barang-barang yang ditempah pengguna,” menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui Twitter malam tadi.

Menurut kementerian, LV dibenarkan beroperasi kerana mempunyai platform e-dagang.

Jelasnya, berdasarkan standard operasi piawai (SOP) Majlis Keselamatan negara, e-dagang dibenarkan menjual barangan penting dan tidak penting kerana ia menepati sekatan pergerakan awam, kecuali bagi pekerja penghantaran.

KPDNHEP menjelaskan perkara itu ketika menjawab pertanyaan pengguna Twitter sama ada kedai LV di Bukit Bintang dianggap produk penting kerana dibenarkan dibuka semasa sekatan pergerakan penuh.

Sementara itu, penjelasan kementerian bagaimanapun tidak memuaskan hati pengguna maya yang lain.

Terdapat pihak yang tampil mempersoalkan kenapa penghantaran barangan itu tidak dilakukan di gudang.

Mereka juga mahu tahu sama ada penjual atas talian lain boleh beroperasi daripada kedai di pusat beli-belah.

E-dagang, untuk sebarang produk, salah satu daripada 17 sektor yang dibenarkan semasa sekatan pergerakan terbaru kerajaan.

Bukti ‘Kayangan’ Louis Vuitton dibenarkan beroperasi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Saya nak hadiah gajet untuk perakam test drive – Sanusi

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker