Resepi Siakap Stim Taucu

Resepi Siakap Stim Taucu
Resepi Siakap Stim Taucu

Masa Penyediaan: 10,
Masa Memasak:15,
Jumlah Hidangan:1

Resepi Siakap Stim Tauchu, resepi yang berkhasiat menggunakan kaedah stim dan keistimewaan hidangan ini adalah terletak kepada rasa lemak dan masin daripada taucu yang dijeruk.

Diinspirasikan dari masakan cina, pasti sangat lazat jika dimasak menggunakan ikan siakap yang segar dari pasar.

Bahan-Bahan:

1 ekor siakap (sederhana besar)
2 sudu besar taucu
2 sudu besar sos ikan
sedikit perahan jus limau

Bahan dihiris halus:

1 btg serai
2 ulas bawang putih
Dan 2 ulas bawang merah
2 cm halia
cili merah
1 biji tomato
daun ketumbar/ daun sup

Cara Penyediaan:

Gaulkan ikan bersama taucu, sos ikan dan sedikit garam.

Taburkan bahan dihiris halus (kecuali tomatodan daun ketumbar).

Kukus dalam pengukus selama 15 minit
kemudia masukan tomato dan daun ketumbar/daun sup.

Kukus lagi selama 5 minit. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Tips :

Berhati-hati ketika memasukkan garam kerana taucu sudah mempunya rasa masin yg kuat.

Resepi Che Nom

Resepi Siakap Stim Taucu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Resepi coklat almond crunchy, tak guna oven

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker