Resepi Nasi Goreng Kambing mudah dan sedap.

Resepi Nasi Goreng Kambing

Resepi Nasi Goreng Kambing.

Resepi makanan yang paling senang dan mudah untuk di masak untuk se isi keluarga. Sangat enak di makan terutama untuk hidangan pagi. Jom cuba !

Bahan-Bahan: 3-4 orang makan

  • Nasi 3 cawan (diperoi)
  • Daging kambing 200gram (dipotong dan direbus)
  • Sayur sawi (agak-agak)
  • Telur 3 biji
  • Bawang putih 3 ulas (dihiris)
  • Bawang merah 3 biji (dihiris)
  • Cili merah 1 biji (dihiris)
  • Cili kisar 3 sudu besar rata
  • Serbuk perasa 1 sudu besar
  • Serbuk belacan 1 sudu kecil
  • Sos ikan 2 sudu besar
  • Kicap manis ABC 2 atau 3 sudu besar

Cara Memasak :

  1.  Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga kekuningan. Kemudian masukkan bawang merah, masak sedikit garing.
  2.  Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak. Masukkan telur (pecahkan di dalam kuali) masak sehingga hancur dan sedikit garing.
  3.  Dan Masukkan daging kambing, serbuk perasa dan serbuk belacan. Kemudian, gaulkan seketika.
  4. Masukkan nasi, sayur sawi, cili merah, sos ikan dan kicap manis ABC. Gaulkan kesemuanya sehingga sebati. Siap untuk dihidang.

Selamat menjamu selera.



Resepi Nasi Goreng Kambing


 

Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Resepi Pak Choy Tumis Sos Tiram



 




Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker