Paip pecah, 13 kawasan di KL terjejas bekalan air

Paip pecah, 13 kawasan di KL terjejas bekalan air

 

Paip pecah, 13 kawasan di KL terjejas bekalan air. Sebanyak 13 kawasan di Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan air bermula petang ini selepas berlaku kejadian paip pecah di Jalan Kuari, Kuala Lumpur.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Elina Baseri, berkata bagi memastikan kerja pembaikan berjalan lancar, Air Selangor telah menutup bekalan air pada 4 petang tadi.

“Kerja-kerja pembaikan ini dijangka siap sepenuhnya pada 4 pagi esok.

“Bekalan air akan mula disalurkan semula setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan.

Elina berkata, kawasan terlibat adalah Kampung Cheras Baru, Pandan Mewah, Taman Muda, Taman Bukit Permai, Taman Bukit Pandan, Taman Mawar, Taman Seraya, Taman Mega, Taman Bukit Teratai, Taman Melur, Taman Saga, Taman Putra dan Taman Mestika.

Beliau berkata, tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

“Air Selangor sedang menggerakkan lori-lori tangki ke kawasan terjejas. Pengguna diharap dapat mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka semasa mengambil bekalan air dari lori-lori tangki ini.

“Untuk status terkini bekalan air, pengguna boleh merujuk semua saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300,” katanya. Bernama

Paip pecah, 13 kawasan di KL terjejas bekalan air


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Sindir Pas, Parti Sains serah permohonan kepada ROS

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker