Kerajaan baharu pilihan lebih baik daripada Mageran, kata Zaid

Sebaran :

Kerajaan baharu pilihan lebih baik daripada Mageran, kata Zaid

Kerajaan baharu pilihan lebih baik daripada Mageran, kata Zaid

Bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim berkata, jika Malaysia memerlukan sekumpulan pemimpin baharu untuk menguruskan negara adalah lebih baik menubuhkan kerajaan baharu berbanding Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).

Beliau mempersoalkan kenapa cadangan itu dibangkitkan sedangkan tiada negara lain yang mengambil langkah sedemikian.



Katanya, jawatankuasa lebih kecil seperti MAGERAN tidak dapat menjamin keberkesanannya dan unsur politik dapat disingkirkan.

Beliau berkata, jika Yang di-Pertuan Agong memutuskan Malaysia memerlukan pemimpin baharu untuk mengurus pandemik Covid-19 dan ekonomi, adalah lebih baik Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim membentuk kerajaan baharu atau melantik perdana menteri sementara.

“Jika sokongan kepada ketua pembangkang itu jelas dan mempunyai majoriti di Parlimen, maka Anwar patut dipelawa untuk menubuhkan kerajaan baharu. Keberkesanan kerajaan untuk menangani masalah kronik sangat bergantung kepada sokongan yang diberikan kepada pemimpin itu.”


“Tetapi jika majoritinya tidak cukup besar untuk terus bertahan daripada aktiviti lompat parti dan pembelotan, maka perdana menteri sementara perlu dilantik. Beliau perlu menjadi orang yang diterima majoriti parti politik di Parlimen untuk bekerja tanpa diganggu.

“Perdana menteri sementara yang penggalnya pendek, katakan 12 bulan, tidak akan menarik ‘dalang’ bekerjasama dengan katak di Parlimen untuk menggulingkan kerajaan.”

Mengurus pandemik secara berkesan

Katanya, dengan perdana menteri sementara ditugaskan mengurus pandemik secara berkesan dan bersiap sedia untuk pilihan raya umum akan datang, sebahagian besar tempoh penggal mereka tidak akan diganggu.

Semalam Zaid mencadangkan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah dilantik sebagai perdana menteri sementara kerana beliau adalah tokoh politik berpengalaman dan dipercayai.

Tetapi beliau tidak pasti jika Muhyiddin Yassin akan digantikan sebagai perdana menteri kerana terpulang kepada Istana Negara untuk menentukannya.

Katanya, Muhyiddin mungkin tidak “dapat tidur” jika Agong mahu Parlimen bersidang semula walaupun beliau kekal sebagai perdana menteri.

“Beliau tidak akan dapat tidur jika sokongannya di Parlimen tidak mempunyai majoriti. Tahap sokongan anda boleh disembunyikan di sebalik sidang media, tetapi bukan semasa anda berdiri di Parlimen untuk dilihat dunia.”

Dalam sebuah video baru-baru ini, ketua setiausaha sulit Muhyiddin, Marzuki Mohamad, menyasarkan pihak tertentu yang didakwanya cuba meyakinkan Agong supaya menubuhkan MAGERAN kerana ia tidak perlu memandangkan Kabinet masih berfungsi.

Bagaimanapun ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi mempersoalkan di manakah cadangan itu mula dibangkitkan dan menyifatkan video Marzuki itu bertujuan untuk mengalihkan perhatian. FMT

Kerajaan baharu pilihan lebih baik daripada Mageran, kata Zaid

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Mageran: ​Puad dakwa pegawai PM cuba alih perhatian


Sebaran :

Leave a Reply