5 Tangga Tinggi Yang Buat Anda Takut Untuk Daki Di Dunia

 

5 Tangga Tinggi Yang Buat Anda Takut Untuk Daki Di Dunia

Di negara kita, tangga kuil Hindu Batu Caves cukup terkenal dengan tangganya yang dikatakan mencabar jiwa dan raga pengunjung yang hadir ke situ.

Tangga dengan 272 anak tangga itu menjadi salah satu ikon masyarakat majmuk di negara kita, menerima kunjungan bukan saja dari penganut Hindu bahkan segenap lapisan masyarakat dalam dan luar negara yang ingin menyaksikan sendiri gua yang ada di dalamnya.

Walaupun dikatakan mencabar pengunjung dari segi stamina, tangga Batu Caves hanya layak dikatakan tahap anak-anak jika dibandingkan dengan 5 tangga di bawah. Berikut adalah lima tangga paling tinggi dan menakutkan, yang ada di seluruh dunia.

1. Tangga Haiku, Hawaii

Tangga Haiku merupakan sebuah tangga yang terletak di O’ahu, Hawaii dibina sepanjang laluan pergunungan Ko’olau oleh tentera Amerika Syarikat yang pernah menjadikan gunung tersebut markas komunikasi mereka.

Dibina pada tahun 1942 sebagai tapak pemancar isyarat radio, tangga ini kini ditutup kepada orang ramai ekoran masalah dan isu penyelenggaraan yang timbul semasa tangga tersebut menjadi tarikan pelancong.

Mempunyai 3,922 anak tangga, mana-mana individu yang didapati menceroboh masuk tangga tersebut boleh dikenakan saman sebanyak $1,000.

Usaha untuk menukarkannya kepada kawasan pelancongan ditarik balik ekoran bahaya dan risiko serta beban kewangan yang diperlukan, untuk menyelenggaranya.

Ketika ini datuk bandar Honolulu sedang dalam dalam proses memohon peruntukan dana sebanyak $1 juta yang diperlukan, untuk menanggal dan membuang tangga yang telah dipasang bagi mengelakkan masalah pencerobohan yang tidak diingini terus berlaku.

2. Half Dome, Amerika Syarikat

Hanya dibuka kepada individu yang mendapat permit, tangga yang membenarkan pengunjung memanjat batu yang dinamakan Half Dome ini memang memudahkan pendakian.

Namun pendakiannya sendiri walaupun sudah dipermudahkan, tidak mudah. Mempunyai ketinggian 1,444 meter dari permukaan tanah, kali pertama rekod pendakian ke puncak di Half Dome dicatat berlaku pada tahun 1875.

Selepas itu usaha untuk memasang peranti pendaki pada bahagian tertentu serta tangga yang diperbuat daripada kabel besi mula dijalankan.

Terdapat dua laluan berbeza bergantung kepada tahap cabaran ada di Half Dome, dengan laluan yang lebih mudah melalui perjalanan sepanjang 13 km jaraknya menggunakan tangga yang ada.

Pada waktu puncak, seramai lebih 800 orang boleh sama-sama mendaki dalam satu-satu masa. Sekiranya ada pengunjung gagal mendapatkan permit
tetapi masih melakukan pendakian, dia boleh dikenakan hukuman penjara 6 bulan atas kesalahan tersebut.

3. El Penon de Guatape, Colombia

El Penon de Guatape atau ‘Batu Le Penol’ merupakan sebuah struktur semulajadi gergasi, terletak di Antioquia, Colombia. Mempunyai ketinggian 2,135 meter dari tanah, batu tersebut pernah dijadikan sembahan masyarakat peribumi mereka.

Usaha untuk memanjatnya kali pertama dilakukan pada tahun 1954, mengambil masa 5 hari melalui rekahan pada batu tersebut. Rekahan itu akhirnya dipilih untuk dijadikan struktur sokongan bagi pembinaan tangga sepanjang 649 kaki memudahkan pengunjung menikmati pemandangan di situ.

Pengunjung di situ mengatakan anggaran masa yang diperlukan untuk naik ke atas adalah sekitar 30 ke 45 minit, bergantung kepada aliran trafik yang ada. Jika lancar, anda boleh menamatkan pendakian kurang dari 15 minit bergantung kepada tahap kecergasan anda

4. Huayna Picchu, Peru

Kawasan pergunungan Machu Pichu merupakan antara tapak warisan sejarah paling terkenal di seluruh dunia. Terletak di bahagian timur Cordillera negara Peru, tapak bersejarah ini cukup digemari ekoran salah satu tarikan utamanya – gunung setinggi 2,693 yang dikenali dengan nama Huayna
Picchu.

Gunung tersebut dibuka kepada orang ramai, namun bilangan pengunjung dihadkan hanya kepada 400 orang sehari. Sepanjang laluan tersebut, terdapat 183 anak tangga yang diperbuat daripada batu disusun oleh masyarakat tamadun Inca lebih 500 tahun dahulu.

Bahagian ini dikatakan merupakan pendakian paling sukar, disebabkan oleh tahap kecerunannya yang melebihi 60 darjah. Walaupun dinamakan sebagai ‘Tangga Kematian’ atau ‘Stairs of Death,’ setakat ini belum ada lagi individu benar-benar terkorban semasa mendaki dan menuruni lokasi ini.

5. Tangga Niesen, Denmark

5 Tangga Tinggi Yang Buat Anda Takut Untuk Daki Di Dunia

Gunung Niesen merupakan sebuah kawasan pergunungan yang terletak di Bern, Switzerland, dengan ketinggian 2,362 meter di puncaknya.

Walaupun mempunyai rangkaian keretapi yang menghubungkan kawasan kaki gunung dengan puncak, di sebelah rel keretapi tersebut terdapat anak
tangga yang boleh didaki sebanyak 11,674 anak tangga sepanjang 3.4 km.

Anak tangga tersebut yang merupakan tangga paling panjang jaraknya di dunia, tidak dibuka untuk kegunaan orang ramai setiap hari.

5 Tangga Tinggi Yang Buat Anda Takut Untuk Daki Di Dunia

Tangga tersebut hanya dibuka sekali dalam setahun ketika penganjuran pertandingan lumba memanjat tangga tahunan.

Rekod pemenang lelaki setakat ini adalah 1 jam 2 minit dan wanita pula adalah 1 jam 9 minit, untuk sampai ke puncak

5 Tangga Tinggi Yang Buat Anda Takut Untuk Daki Di Dunia


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


‘Matahari buatan China’ catat suhu tertinggi dunia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker