Resepi Bayam Goreng Sos Tiram



Sebaran :

Resepi Bayam Goreng Sos Tiram

Resepi Bayam Goreng Sos Tiram

  • Masa Penyediaan: 10 minit,
  • Masa Memasak:5 minit,
  • Jumlah Hidangan:3 orang

Resepi Sayur Bayam Goreng Sos Tiram, masakkan ringkas yang sangat sedap jika digandingkan dengan lauk seperti ikan goreng dan sambal belacan. Pasti akan bertambah-tambah nasi.

Bahan-Bahan:

  • 1 ikat sayur bayam
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar sos tiram
  • sedikit kicap
  • 1 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
  • cili padi, tumbuk kasar

Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan bayam, potong dan asingkan bahagian daun dan batangnya.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga kekuningan.
  3. Masukkan bahagian batang bayam bersama sos tiram. Tuang sedikit kicap jika suka.
  4. Masukkan pula sayur bayam bahagian daun dan kacau sehingga layu.
  5. Tuang air bancuhan tepung jagung tadi dan kacau sebati. Perasakan dengan garam secukupnya. Tambah sedikit air jikan anda ingin lebihkan kuah.
  6. Angkat dan tabur dengan sedikit bawang goreng untuk hiasan.

Tips:

  • Untuk basuh sayur bayam supaya betul-betul bersih, rendam dalam air seketika supaya pasir yang melekat di bayam mudah hilang jika dicuci.

 

 

 

Resepi Oleh: Che’ Nom

Resepi Bayam Goreng Sos Tiram


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU NET



Resepi Ayam Sos Tiram


Sebaran :


Leave a Reply