Sila rujuk doktor pakar, jangan ‘self-diagnosis’ melalui Google – Sharifah Sakinah

Sila rujuk doktor pakar, jangan ‘self-diagnosis’ melalui Google – Sharifah Sakinah

Sila rujuk doktor pakar, jangan ‘self-diagnosis’ melalui Google – Sharifah Sakinah

PELAKON Sharifah Sakinah menyarankan kepada mereka yang mempunyai simptom gangguan daya tumpuan dan hiperaktif (ADHD) untuk tampil merujuk hal tersebut dengan doktor pakar bagi mendapatkan pengesahan yang lebih sahih.

Ujar Sakinah lagi, dia tidak mengalakkan orang ramai membuat pencarian di Google bagi mengesahkan diri mereka benar-benar menghidap ADHD.



“Kepada mereka yang ada simptom-simptom ADHD, bipolar ke, sila dapatkan pengesahan daripada doktor, bukan seorang tapi ramai doktor. Bukan diagnosis sendiri berdasarkan carian di Google.

“Dalam situasi saya, saya mengambil masa selama tiga minggu diinterviu dengan doktor termasuk menghubungi keluarga dan perlu menjalani beberapa ujian untuk didiagnosis.

“Ia bukan semudah menjawab soalan secara dalam talian bagi mengenalpasti sebarang simptom,” katanya.

Sementara itu, Sakinah atau nama penuhnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired,32, menyangkal persepsi sesetengah masyarakat yang melabelkan masalah ADHD itu ialah hiper.



“Orang selalu anggap ADHD ini hiper saja. Sebenarnya, ia lebih rumit dan meluas daripada itu. Contohnya, terlalu banyak berfikir, tergesa-gesa dan masalah mengatur emosi.

“Bila sudah didiagnosis, pastikan ikut elok-elok saranan dan nasihat doktor walaupun sebenarnya memang susah nak berdisplin.

“Paling penting ialah dapatkan sokongan yang baik untuk berhadapan dengan cabaran harian.

“Dunia mungkin tidak faham kamu, siap boleh kena label mengada-ada atau keterlaluan. Tapi akhirnya, kita harus jadi baik untuk diri sendiri…kuncinya ialah menerima diri sendiri,” ujarnya.



Sebelum ini, Sakinah ada berkongsi mengenai masalah kesihatan mental yang dihidapinya sejak beberapa tahun lalu sehingga memerlukan rawatan lanjut. Utv

Sila rujuk doktor pakar, jangan ‘self-diagnosis’ melalui Google – Sharifah Sakinah


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Sharifah Sakinah minta maaf setelah di tegur PU Syed.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker