Resepi Kek Bukan Tornado Viral

Resepi Kek Bukan Tornado Viral

Resepi Kek Bukan Tornado Viral

Masa Penyediaan: 30 minit, Masa Memasak:35 minit, Jumlah Hidangan:7 bekas alumminium foil
Resepi Oleh: Che’ Nom

Hi Semua, hasil permintaan ramai maka Che Nom dengan ini, nak share resepi kek Bukan Tornado, VERSI CHE NOM. Kek ni mmg cukup lengkap rasa manis coklat ganache, bergabung pulak dgn cream cheese filling yang masam-masam manis. Dan kek coklat yg sgt moist. Bila makan susah nk berenti.

Bekas kek: Saiz 3 inci x 7 inci

Harga KOS:

Jumlah keseluruhan harga modal (per resepi) RM50.8 (scroll down untuk details)

Harga modal per unit untuk 6 pek production RM8.47

Harga modal per unit untuk 7 pek production RM7.28

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk kek coklat:

    • 4 biji telur
    • 1 cawan gula kastor
    • 1 sudu kecil esen vanila
    • ½ cawan susu pekat
    • 1 ¼ cawan tepung gandum**
    • 1 cawan serbuk koko**
    • Dan 1 sudu kecil baking soda**
    • 1 sudu kecil baking powder**
    • ¼ sudu kecil garam halus**
    • 1 cawan susu full cream
    • 1 cawan minyak jagung/minyak masak/mentega cair
    • ¾ sudu kecil serbuk instant espresso
    • 1 sudu besar air panas
    • Nota: Ayak bahan bertanda **

Bahan-bahan untuk cream cheese filling:

    • 250g krim keju/cream cheese
    • 3 sudu besar susu pekat
    • 1 sudu besar jus lemon
    • 300ml krim putar tenusu/dairy whipping cream

Bahan-bahan untuk coklat ganache:

    • 300g dark chocolate atau milk chocolate
    • 300ml krim putar tenusu/dairy whipping cream
    • 3 sudu besar mentega (bergaram/tak bergaram)
    • 3 sudu besar susu full cream
    • **Hias dengan taburan parutan coklat/Chocolate flakes/chocolate rice

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk kek coklat moist:

    1. Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking soda, baking powder dan garam halus.
    2. Pecahkan telur dan tambah gula kastor.
    3. Kemudian pukul telur dan gula sehingga larut.
    4. Tambahkan esen vanila dan susu pekat.
    5. Kacau sehingga agak-agak sebati dan kembang sikit, tak perlu terlalu kembang.
    6. Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit (3 kali sehingga habis).
    7. Masukkan susu full cream dan minyak jagung.
    8. Bancuh espresso segera dengan air panas dan tuang dalam adunan tadi dan kacau sebati.
    9. Susun bekas dan tuang adunan kek coklat 1/3 penuh ke dalam bekas.
    10. Kukus selama 15 minit atau sehingga kek masak.
    11. Keluarkan kek coklat moist dan bahagikan dua bahagian.

Cara-cara untuk cream cheese filling:

    1. Perah jus lemon.
    2. Potong cream cheese blok dan tekan-tekan supaya hancur
    3. Masukkan susu pekat dan jus lemon.
    4. Kacau sampai semua bahan sekata dan ketepikan
    5. Whipping cream, keluarkan yang sejuk dari peti sejuk, sukat dan putar sampai kental.
    6. Campur whipping cream tadi dengan adunan cheese.
    7. Gaul sekata dan masukkan dalam peti sejuk sekejap.
    8. Keluarkan cream cheese filling dan masukkan dalam piping beg.
    9. Bahagikan 2 adunan cheese (lebihkan untuk bahagian atas).
    10. Paip adunan cream cheese dan ratakan lapisan tengah.
    11. Tutup dengan kek bahagian atas.
    12. Paip cream cheese di bahagian atas.
    13. Paip kesemua kek sampai habis.
    14. Simpan dalam peti sejuk.

Cara-cara untuk coklat ganache:

    1. Potong coklat gelap.
    2. Panaskan whipping cream sampai berbuih kat bahagian tepi dan sampai suam-suam sahaja.
    3. Bila dah suam, tuang atas kepingan coklat.
    4. Tambah butter.
    5. Tambah susu full cream.
    6. Kacau sebati.
    7. Tuang sekata coklat garnach atas kek sehingga tertutup permukaan kek tornado.
    8. Bila dah siap, boleh hias dengan coklat flakes, coklat rice atau parutan coklat.

Resepi Kek Bukan Tornado Viral


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Resepi Kuah Oden Viral Paling Sedap


Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker