Resepi Nasi Daging Berempah Kurma

Resepi Nasi Daging Berempah Kurma
Resepi Nasi Daging Berempah Kurma

Kau tahu lah kan, memasak jenis sekali harung atau “one pot meal” ni memang kegemaran aku. Selagi boleh semua nak sumbat sekali dan tekan butang on. Siap. Anak-anak pula jenis suka makan nasi berperisa ni. Maka hari ni aku buat Nasi Daging Kurma. Senang baqhang, campak-campak dan tekan suis sahaja.

Bahan-bahan yang perlu ada:

  • 2 cawan beras basmati dibersihkan dan ditoskan.
  • 250gm daging. (Daging bahagian lembut yer. Kalau keras sila rebus dahulu)
  • 4 sudu rempah kurma, cap apa pun takpe.
  • 3 ulas bawang putih diketuk.
  • 1 biji bawang besar dipotong boleh didadu pun boleh.
  • 1 tangkai daun kari (optional) aku suka benda alah ni.
  • dan 1 helai daun pandan (optional) dicarik dan disimpul.
  • 1 biji tomato (optional) dibelah 8.
  • 1 tangkai daun sup (optional).
  • serta 1 sudu rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga).
  • 2 sudu minyak sapi atau ganti butter atu marjerin.
  • 1 sudu minyak masak.
  • 1 cawan santan atau susu atau, kalau taknak ganti air .
  • 1-2 cawan air (ikut jenis beras yang korang gunalah).

+ Bahan yang optional tu kalau takde pun takpe yer, jangan susah hati. Rileks sudah.

Cara nak buat dia:

  1. Perap daging dengan 1 sudu rempah kurma dan sedikit garam dalam setengah jam.
  2. Panaskan minyak dan butter/minyak sapi dan tumiskan rempah 4 sekawan sekali dengan bawang putih, bawang besar, daun kari dan daun pandan sampai naik bau.
  3. Perlahankan api dan masukkan 3 sudu rempah kurma yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau sampai naik bau dan masukkan daging atau ayam tadi. Kacau lagi dengan penuh kasih sayang.
  4. Kalau nak transfer ke periuk elektrik maka transfer sekarang.
  5. Lepas tu masukkan susu/santan jika ada atau jika mahu. Kalau tak suka berlemak sangat tak payah masukkan.
  6. Terus masukkan air dan biar mendidih.
  7. Masukkan beras, kacau rata dan masukkan tomato dan juga daun sup jika ada.
  8. Tekan suis on kalau dah memang buat dalam periuk letrik.
  9. Atau jika belum boleh transfer semuanya ke dalam periuk letrik dan tekan on.
  10. Atau boleh biar masak dalam periuk biasa tu jer.

Siap dahh.

Tips:

Daging kalau kena yang keras maka jenuhlah nak mengunyah. Jadi sebaiknya rebus dulu biar empuk dan guna air rebusan tadi ganti air biasa untuk masak nasi.


Resepi Oleh Khairul Abdullah

Resepi Nasi Daging Berempah Kurma


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Resepi Ayam Masak Merah Tomato

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker