Surat PM Pertama Turkiye Kepada Tunku Abdul Rahman Dikongsi Sempena Hari Kebangsaan 2022

Surat PM Pertama Turkiye Kepada Tunku Abdul Rahman Dikongsi Sempena Hari Kebangsaan 2022

Sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022 hari ini, buat pertama kali Perutusan Khas daripada Perdana Menteri pertama Turkiye, Ali Adnan Ertekin Menderes (Adnan Menderes) kepada Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dikongsikan.

‘Hadiah’ tersebut, yang kini disimpan di Arkib Negara Turkiye dimuat naik oleh Duta Turkiye ke Malaysia, Emir Salim Yuksel di laman Twitternya hari ini, sempena meraikan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-65.



Turut dikongsi ialah surat yang dibalas oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman kepada Adnan Menderes yang merupakan Perdana Menteri Turkiye pertama dilantik secara demokrasi.

Berdasarkan surat bertarikh 3 September 1957, Adnan Menderes yang memimpin Turkiye dari tahun 1950 hingga 1960, antaranya menzahirkan ucapan tahniah kerana Tanah Melayu mengecapi kemerdekaan pada 31 Ogos.

Negarawan Turkiye itu turut mendoakan agar rakyat Malaya terus mengecapi kesejahteraan dan kemakmuran.

Sementara itu, Allahyarham Tunku Abdul Rahman dalam suratnya berkata, Persekutuan Tanah Melayu akan berusaha untuk menyumbang ke arah keamanan dan kemakmuran dunia.



Hubungan diplomatik Malaysia-Turkiye sudah terjalin sejak tahun 1964, dan merupakan rakan dagang ketiga terbesar, serta sumber import keempat terbesar Malaysia di rantau Asia Barat dengan jumlah perdagangan dua hala melebihi AS$4.09 bilion (RM16.97 billion).AA

Surat PM Pertama Turkiye Kepada Tunku Abdul Rahman Dikongsi Sempena Hari Kebangsaan 2022

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pukulan Khairulaming, Pelanggan Beratur Panjang Mahu Rasa Nasi Lemak RM1.00 Bangsudu

Wanita Ini Dedahkan Sisi Gelap Bisnes Mesin Air



 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker