Polis dicarutkan kerana lewat ke kelas

lis

KUALA LANGAT – Polis telah merekod keterangan seorang penuntut wanita yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis ketika melakukan penugasan sekatan jalan raya.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, wanita berusia 21 tahun itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat kira-kira jam 8.30 malam, Jumaat.

Menurutnya, wanita mengeluarkan kata-kata kesat kerana stres dengan keadaan jalan sesak ketika melalui sekatan jalan raya di Bandar Seri Putra, Bangi, bukan di Bandar Saujana Putra, Kuala Langat.

“Dia mendakwa keluar rumah pada jam 5.30 petang untuk ke kelas di sebuah kolej di Sepang kerana kelas bermula jam 6 petang tetapi jam 6.15 petang dia masih berada di laluan terbabit,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Anwar: PKR tak boleh ‘terlalu keras’ tolak segala bentuk kerjasama politik

Beliau berkata, kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya pada Isnin untuk tindakan lanjut.

Pada Khamis, Ahmad Ridhwan Ahmad Ridhwan mengesahkan polis menerima satu laporan berkaitan video tersebut.

Siasatan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Sebelum ini, tular satu rakaman video memaparkan seorang wanita mempertikaikan sekatan jalan raya di kawasan itu dengan hanya membuka satu lorong sehingga menyebabkannya lewat ke destinasinya.

Melalui video tersebut, wanita terbabit turut mengeluarkan kata-kata kurang sopan terhadap anggota polis yang bertugas.

Virus Hingga di Everest

Polis dicarutkan kerana lewat ke kelas


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


#SPM2021: Tanda pagar SPM2021 ‘trending’ di Twitter

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker