PKR: MKN larang kongres maya kerana bukan aktiviti sosial penting

Majlis Keselamatan Negara (MKN) meminta PKR menangguhkan kongresnya yang dijadualkan secara maya hari ini kerana “aktiviti sosial yang tidak penting” tidak dibenarkan, kata setiausaha agung parti itu, Saifuddin Nasution Ismail.

“Surat daripada MKN menyatakan dengan jelas arahan penangguhan berasaskan kepada PKP 3.0 yang sedang berjalan.

“Aktiviti sosial yang tidak diletakkan dalam kategori keutamaan tidak dibenarkan dan kerana itu, Kongres PKR diarah supaya tangguh.

“Kemudian para (perenggan) berikutnya (menyatakan) kegagalan, atau ketidakpatuhan kepada arahan ini boleh membawa tindakan mengikut Ordinan Darurat,” kata Saifuddin dalam ucapan yang disiarkan dalam talian hari ini.

PKR menerima arahan MKN dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk menangguhkan kongres tahunannya pada Jumaat lalu.

Sebelum itu, Saifuddin berkata MKN dalam suratnya bertarikh 27 Mei, tidak menyuarakan bantahan terhadap kongres yang diadakan secara maya.

Vaksin COVID-19: Ganjaran RM10000 menanti DUN dengan peratus pendaftaran tertinggi – Rosol

Prosedur operasi standard (SOP) bagi sekatan pergerakan penuh atau PKP 3.0 yang berkuat kuasa dari 1 Jun hingga 14 Jun – mengkategorikan acara rasmi atau tidak rasmi sebagai aktiviti sosial yang dilarang, tanpa membezakan antara acara yang diadakan secara langsung atau dalam talian.

Bagaimanapun ia membenarkan persidangan dan mesyuarat diadakan secara dalam talian.

Ketua Pengarah MKN, Mohd Rabin Basir memberitahu Bernama malam tadi, keputusan untuk menangguhkan kongres itu dibuat setelah mendapat pandangan ROS mengenai perkara itu.

“Dalam satu surat dihantar kepada pengurusan PKR, MKN telah memaklumkan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada dan juga pandangan daripada KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia), Kongres Nasional PKR boleh dilaksanakan berdasarkan SOP yang telah ditetapkan.

Tiga Pelacur Layan Dua Lelaki Setiap Hari. Bayaran RM240-RM250 Setiap Sesi

“Bagaimanapun, oleh kerana PKR telah mendapat pandangan daripada RoS bahawa mereka boleh menangguhkan kongres mereka sehingga 30 Jun ini, MKN melihat pandangan tersebut lebih sah bergantung kepada keadaan semasa iaitu kita sedang melaksanakan Sekatan Pergerakan Penuh,” katanya.

Saifuddin berkata, majlis kepemimpinan PKR membantah perkara itu namun akur dengan arahan MKN.

Dia juga menegaskan bahawa PKR telah bersiap sedia untuk mengadakan kongres berkenaan.

Menurut Saifuddin, MKN mengarahkan PKR mengadakan kongresnya selepas 14 Jun, manakala ROS memberi tempoh hingga 30 Jun, tertakluk kepada keadaan PKP 3.0 ketika itu.

Virus Hingga di Everest

PKR: MKN larang kongres maya kerana bukan aktiviti sosial penting


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Gara-gara terlewat hidangkan makanan, isteri dibunuh suami dengan cangkul

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker