Berkurung dalam rumah lepas ditinggalkan suami warga asing
Berkurung dalam rumah lepas ditinggalkan suami warga asing
Port Dickson: Seorang wanita tempatan buntu selepas ditinggalkan suaminya yang juga warga asing selepas berkahwin selama 12 tahun.
Roslina Zainal, 46, kini hanya bergantung kepada ihsan jiran akibat menghidap pelbagai jenis penyakit dan hanya berkurung dalam rumahnya di Bandar Springhill, di sini.
Katanya, dia tidak mengetahui status diri kerana ibarat digantung tidak bertali oleh suaminya, seorang warga Bangladesh.
“Kami sudah berkahwin sejak 12 tahun lalu, tidak dikurniakan anak dan suami meninggalkan saya sejak dua tahun lalu tanpa surat cerai yang sah.
“Nasib baik saya ada rumah sendiri dan perbelanjaan dapur bergantung kepada sumbangan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan,” katanya ketika ditemui selepas menerima sumbangan berupa barangan dapur daripada Pertubuhan Kebajikan Asnaf Setia Kasih Negeri Sembilan (PERKASIH N9) di rumahnya hari ini.
Katanya, bekas suaminya dipercayai mengikut rakannya bekerja di Kuala Lumpur sejak dua tahun lalu.
“Saya tak kisah kalau dia nak berpisah (bercerai) dengan saya tetapi biarlah secara sah dan bukan digantung tidak bertali kerana menyukarkan untuk saya meminta bantuan kebajikan mana-mana pihak.
“Saya tak tahu nak mengadu kepada siapa sedangkan saya nak berjalan pun tak larat akibat berat badan tidak seimbang dan juga menghidap pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis,” katanya.
Roslina berkata, dia anak bongsu daripada sembilan beradik dan tiga daripadanya sudah meninggal dunia.
“Nasib baik ada jiran yang rajin menjenguk dan membantu saya memasak kerana saya tidak larat berjalan jauh serta bimbang jangkitan wabak Covid-19 yang tengah merebak ketika ini.
“Saya amat berharap agar dapat dilepaskan secara sah kerana ia menyukarkan untuk saya meminta bantuan kerana status saya masih mempunyai suami sedangkan saya merana seorang diri,” katanya.
Menurutnya, dia lega kerana jiran mengambil berat dan tahu dia tinggal keseorangan tanpa pendapatan tetap.
“Terima kasih kepada jiran-jiran yang bersimpati yang banyak membantu malah ada yang bantu masak makanan untuk saya di rumah ini,” katanya.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa NGO PERKASIH N9, Vira Hashim berkata, pihaknya menghantar barangan makanan harian selepas mendapat tahu wanita itu ditinggalkan suami warga asing dan memerlukan bantuan segera.
“Apa yang kami terkejut, wanita ini tinggal dalam keadaan serba kekurangan, tidak terurus dan masalah utama ialah dia ditinggalkan tanpa nafkah dari suaminya sejak hampir dua tahun lalu,” katanya.
Orang ramai boleh membantu wanita ini di talian 010-2334741 (Roslina Zainal) atau menghubungi AJK PERKASIH N9, Vira Hashim di talian 017-2712127 untuk maklumat lanjut. HM
Berkurung dalam rumah lepas ditinggalkan suami warga asing
Baca Artikel Menarik
- Rindu Awak Separuh Nyawa ungguli carta drama 2021, kejutan di minggu akhir
- Ahli politik dakwa diugut penyebaran video, gambar peribadi
- Rihana Oksana Semakin Daring ‘Tayang Body’. Selain DiKecam Ada Juga Netizen Pertahankannya…
- Muhyidin pun sama macam Najib – Mahathir
- Mahathir hantar surat kepada Agong, minta campur tangan keluhan rakyat
- Resepi Kek Lapis Masam Manis Sarawak
Layari Laman Facebook MYKMU NET
Bapa jual barang bantuan diterima demi dapatkan wang beli susu anak
You must be logged in to post a comment.