Duopharma meterai perjanjian bekalkan 6.4 juta dos vaksin Sputnik V

Duopharma meterai perjanjian bekalkan 6.4 juta dos vaksin Sputnik V

Duopharma Biotech Bhd.  menerusi anak syarikat milik penuhnya, Mereka  (DMSB) telah menandatangani perjanjian pembekalan dengan Kementerian Kesihatan dan anak syarikat Russian Direct Investment Fund (RDIF) untuk bekalan 6.4 juta dos vaksin Sputnik V.

Pembekalan vaksin tersebut tertakluk kepada syarat di bawah perjanjian, termasuk kelulusan daripada Lembaga Kawalan Dadah Malaysia dan syarat-syarat lain.

Sputnik V, yang dibangunkan oleh Institut Penyelidikan Epidimiologi dan Mikrobiologi Kebangsaan Gamaleya telah didaftarkan di 68 buah negara merentasi rantau Amerika Utara, Amerika Selatan, Timur Tengah, Eropah, Asia dan Afrika.

Berdasarkan hasil tinjauan analisis interim kedua Fasa III yang diterbitkan salah satu jurnal perubatan tertua dan paling dihormati di dunia, The Lancet, keberkesanan Sputnik V disahkan pada 91.6 peratus.

Ia salah satu daripada tiga vaksin di dunia yang mempunyai penilaian keberkesanan melebihi 90 peratus terhadap Covid-19 dan tiada sebarang kejadian buruk yang berkaitan dengan vaksin itu dilaporkan.

Pengarah Urusan Kumpulan Duopharma Biotech, Leonard Ariff Abdul Shatar mengesahkan kesediaan dan komitmen syarikat untuk menjadi sebahagian daripada program vaksinasi kebangsaan.

“Covid-19 telah membawa cabaran besar kepada semua rakyat Malaysia, ia hanya boleh diatasi dengan kerjasama segera dari pelbagai bidang,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Menurut RDIF, sehingga kini, seramai 20 juta orang telah me­nerima vaksin tersebut di seluruh dunia, dengan kebenaran penggunaan darurat (EUA) yang didaftarkan di 64 buah negara.

Selain menyediakan perlin­dungan penuh terhadap kes Co­vid-19 yang teruk, Sputnik V adalah vaksin berdaftar pertama di dunia yang dibangunkan berasaskan platform vektor adenovirus manusia.

Keselamatan, keberkesanan dan kekurangan kesan negatif jangka panjang vaksin berasaskan vektor adenoviral telah dibuktikan lebih daripada 250 kajian klinikal selama dua dekad. K Online

Duopharma meterai perjanjian bekalkan 6.4 juta dos vaksin Sputnik V


   Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Vaksin EpiVacCorona bantu tingkat antibodi warga emas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker