Wain Ular Tidak Menjadi, Lelaki Dalam Keadaan Kritikal Di Patuk

Wain Ular Tidak Menjadi, Lelaki Dalam Keadaan Kritikal Di Patuk

SEORANG lelaki di China dalam keadaan kritikal akibat dipatuk ular selepas cuba menangkap reptilia itu bagi membuat wain tradisi.

63-year-old snakebite victim Yu receives treatment at the Hangzhou Hospital of Traditional Chinese Medicine in Zhejiang, China, in May, 2021, after suffering a viper bite on his right arm

Mangsa yang dikenali sebagai Yu, 63 tahun, terpaksa menjalani pembedahan bagi menyelamatkan nyawanya, menurut laporan hospital yang diterbitkan pada 27 Mei.

This image released by the Hangzhou Hospital of Traditional Chinese Medicine in Zhejiang, China, shows 63-year-old snakebite victim Yu’s urine turning from black to yellow after blood and plasma transfusions in May, 2021.

63-year-old snakebite victim Yu undergoes blood and plasma transfusions at the Hangzhou Hospital of Traditional Chinese Medicine in Zhejiang, China, on May, 2021, after suffering a viper bite on his right arm.

Yu dikejarkan ke Hospital Hangzhou di wilayah Zhejiang susulan kejadian yang dilaporkan berlaku di rumah jirannya.

Menurut laporan itu lagi, reptilia berbisa yang mematuk itu dikenali sebagai ‘Chinese copperhead’ atau ular 100 tapak, iaitu merujuk kepada berapa langkah mangsanya mampu ambil sebelum maut selepas dipatuk.

Wain ular biasanya dibuat dengan merendam keseluruhan ular dalam alkohol.

Ia dikatakan mampu menyembuh pelbagai jenis penyakit, meningkatkan kecergasan dan tenaga batin.

Ketika kejadian, Yu sedang memasukkan ular berkenaan ke dalam guni sebelum dipatuk di bahagian pergelangan tangan, menurut portal berita Newsweek memetik laporan hospital.-Newsweek 

Wain Ular Tidak Menjadi, Lelaki Dalam Keadaan Kritikal Di Patuk


   Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET

Ular sawa 3.6 meter bawah meja peniaga daging

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker