Timbalan Speaker cadang penubuhan ‘kerajaan darurat’
Timbalan Speaker cadang penubuhan ‘kerajaan darurat’
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said mencadangkan penubuhan ‘kerajaan darurat’ dalam masa terdekat, berikutan keadaan COVID-19 di Malaysia yang semakin meruncing.
Menurutnya, ‘kerajaan darurat’ tidak semestinya dianggotai ahli politik sebaliknya jawatan dalam kerajaan itu boleh diisi individu berkelayakan dan mempunyai kepakaran yang boleh dimanfaatkan.
Tegasnya, semua parti politik harus bekerjasama untuk merealisasikan perkara itu kerana keutamaan sekarang adalah rakyat dan negara, dan politik perlu diketepikan.
“Ia juga boleh dipimpin oleh pakar-pakar yang mana boleh membawa kepada keselamatan rakyat dan negara,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Webinar Bersih 2.0 dan Sinar Harian bertajuk ‘Mengapa Parlimen Perlu Bersidang Semasa COVID-19’.
Ahli panel lain yang mengambil bahagian dalam webinar dikendalikan Profesor Wong Chin Huat itu ialah Ahli Parlimen Subang, Wong Chen.
Dalam pada itu, kata Azalina, sekiranya Parlimen dibuka dan persidangan dilakukan secara fizikal atau maya, ia dilihat tidak mengganggu usaha kerajaan memerangi COVID-19.
“Parlimen dapat membantu kerajaan dalam menangani isu pandemik kerana dapat membantu dari aspek pengurangan kes positif selain meningkatkan kefahaman rakyat berkaitan wabak itu.
“Saya lihat pembukaan Parlimen akan membantu. Kita sebagai ahli Parlimen, semua permasalahan termasuk COVID-19, rakyat akan tanya kepada kita. Bila Parlimen dibuka, ia akan membantu kefahaman rakyat,” ujarnya.
Katanya lagi, beliau sentiasa berpegang kepada prinsip di dalam Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.
“Ia jelas mengatakan bahawa jemaah menteri bertanggungjawab secara bersama dalam Parlimen,” katanya.
Timbalan Speaker cadang penubuhan ‘kerajaan darurat’
Baca Artikel Menari
- Pelbagai industri kelam-kabut dengan surat kebenaran perjalanan
- TUDM sahkan 16 pesawat tentera China ‘ceroboh’ ruang udara Malaysia
- Buat Masa Ini Saya Tiada Masa Melayan Orang Gila Atau Benda Gila’ – TMJ
- Resepi Kuey Tiow Kungfu Asli dan Sedap
- Simon Cowell Tarik Diri Jadi Juri X Factor Israel – Ada Kaitan Dengan Isu Gaza Dan Zionist?
- Kek Paling Tak Sedap! ‘ Kek Di Kecam Teruk Oleh Influencer, Fazley Yaakob Tetap Bersangka Baik.
Layari Laman Facebook MYKMU NET
Azalina: Buka parlimen dapat tingkatkan keyakinan rakyat tangani wabak