Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 terima bantuan RM500

Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 terima bantuan RM500

Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 terima bantuan RM500

Kerajaan memperuntukkan RM2.1 bilion bagi menambah kadar program Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa Plus) yang diumumkan malam ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kategori isi rumah berpendapatan di bawah RM2,500 akan menerima kadar BPR tambahan sebanyak RM500 dan isi rumah berpendapatan antara RM2,501 hingga RM5,000 akan menerima RM300.

Bagi golongan bujang pula, mereka akan menerima RM100 yang akan mula dimasukkan ke akaun penerima masing-masing, pada hujung Jun nanti.

“Bayaran ini merupakan tambahan kepada fasa bayaran terakhir BPR September kelak sebanyak RM2.4 bilion,” katanya dalam perutusan khas itu yang disiarkan di televisyen dan media sosial.

Selain itu, Muhyiddin berkata hasil perbincangan bersama Bank Negara Malaysia (BNM), industri perbankan memberi jaminan dan komitmen penuh untuk terus memberikan bantuan pembayaran balik pinjaman dan moratorium yang akan dilaksanakan pada Jun.

Perdana menteri berkata golongan B40 dan rakyat yang terjejas ekoran kehilangan pekerjaan serta perusahaan mikro dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, diberi pilihan untuk mendapatkan bantuan itu.

Muhyiddin berkata mereka boleh memilih untuk mendapat kelulusan moratorium secara automatik selama tiga bulan atau mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50 peratus selama tempoh enam bulan.

Beliau berkata inisiatif itu dijangka memanfaatkan lebih lima juta peminjam dengan nilai sehingga RM30 bilion.

“Industri perbankan akan memberikan maklumat lebih terperinci berhubung perkara ini mulai esok. Saya berharap, pengumuman moratorium automatik ini dapat memberi sedikit kelegaan kepada peminjam institusi perbankan.

“Para peminjam hanya perlu menghubungi bank masing-masing untuk mendapat manfaat bantuan ini,” katanya.

Selain itu, Muhyiddin berkata kerajaan akan melancarkan Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi pada minggu ini dengan nilai peruntukan RM1 bilion.

Melalui skim itu, pengusaha bas dan teksi yang layak boleh mendapatkan moratorium pinjaman sehingga 12 bulan dan melanjutkan tempoh pinjaman sehingga 36 bulan, katanya.

Muhyiddin juga menyarankan supaya agensi dan syarikat kerajaan menawarkan penangguhan bayaran balik pinjaman serta diskaun sewa premis perniagaan.

“Pihak Mara akan meneruskan program Mara Prihatin Peace of Mind yang dibuka sehingga 31 Julai 2021. Peminjam boleh memohon secara dalam talian untuk membuat penjadualan semula bayaran balik pinjaman pelajaran atau moratorium,” katanya.

Bagi usahawan Mara yang terkesan akibat penutupan ekonomi, pemberian diskaun 30 peratus ke atas sewaan premis perniagaan akan diberi untuk bulan Mei sehingga Julai 2021, katanya. Bernama

Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 terima bantuan RM500


   Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Rakyat makin pokai, perlu wang tunai, subsidi untuk ‘lockdown’, kata pakar ekonomi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker