Kerana sebut “Mak kau hitam” ini tindakan Bilal terhadap Abu Dzar. Agaknya kalau sebut “Mak kau hijau” apa jadinya?

Kerana sebut “Mak kau hitam” ini tindakan Bilal terhadap Abu Dzar. Agaknya kalau sebut “Mak kau hijau” apa jadinya?

Kerana sebut “Mak kau hitam” ini tindakan Bilal terhadap Abu Dzar. Agaknya kalau sebut “Mak kau hijau” apa jadinya?

“Pijak kepalaku ini, hai Bilal.”

“Demi Allah! aku mohon engkau pijaklah kepalaku ini sekarang,” pinta Abu Dzar al-Ghiffari r.a.

Seraya itu, Abu Dzar terus membungkamkan wajahnya ke tanah yang berdebu. Tidak cukup dengan itu, dilumurinya pula wajahnya dengan pasir-pasir dan kotoran debu tanah.

Habis keseluruhan muka serta janggutnya yang hitam berubah kekuningan. Dengan penuh mengharap agar tapak kaki Bilal menyentuh pipinya yang sudah kekuningan.

“Bilal, aku pohon padamu, segera pijakkan kakimu yang penuh mulia ini ke wajahku. Demi Allah! aku tidak sanggup menahan penyesalan ini. Semoga Allah dan Rasul mengampuniku,” rintih Abu Dzar mengharap.

Air matanya sudah berlinangan di pipi, dia merayu dan merayu supaya Bilal segera memijak wajahnya, agar tertebus segala rasa bersalahnya terhadap Bilal.

Dia menangis kesedihan, menyesal dan takut. Sungguh dia terlalu menyesali perbuatannya itu, yang membuatkan Baginda s.a.w. menjadi murka.

Semua ini berpunca dari perasaan amarahnya pada Bilal hingga dia tergamak menghina Bilal. Ketika itu dia hilang pertimbangan. Lancang sahaja tutur katanya menghina Bilal.

“Sampai engkau pun menyalahkan aku, wahai anak budak hitam,” kata Abu Dzar dengan penuh geram.

Terpana seketika Bilal tatkala mendengar herdikan dari Abu Dzar. Sungguh dia tidak menyangka Abu Dzar sanggup menghina dirinya yang berkulit gelap. Kelihatan kaca-kaca jernih menerbak di ruang matanya seraya berkata,

“Akan aku adukan perkara ini kepada Rasulullah s.a.w., wahai Abu Dzar.”

Kata-kata dari Bilal itu sekali lagi menimbulkan amarah Abu Dzar. Tanpa disedari dia sekali lagi mengungkapkan penghinaan terhadap warna kulit serta ibu Bilal bin Rabah.

Tatkala mendengar pengaduan Bilal, wajah Baginda s.a.w. serta merta berubah menjadi merah padam menahan marah. Segera dia memanggil Abu Dzar dan menegurnya dengan keras.

“Wahai Abu Dzar! Apakah engkau mencela ibunya? Sungguh masih ada sisa-sisa sifat jahiliah dalam dirimu.”

Mendengar teguran keras dari Baginda s.a.w. terhadapnya, menggigil seluruh tubuh Abu Dzar kerana Baginda s.a.w. merupakan orang yang amat dicintainya.

Dia sedar murkanya Baginda s.a.w. kepadanya, bermakna Allah juga turut murka terhadapnya.

Menyedari kesalahan yang dilakukannya itu, Abu Dzar menangis seraya meminta Baginda s.a.w. memohonkan ampunan bagi dirinya kepada Allah. Lantas itu juga dia menyuruh Bilal memijak-mijak mukanya sebagai hukuman atas kesalahannya. Sungguh dia rasa bersalah kerana bertindak rasis pada Bilal.

Melihat Abu Dzar menangis-nangis dengan perasaan yang bersalah, hati Bilal menjadi lembut. Dia membangunkan Abu Dzar dan memeluk serta memaafkan segala kesalahan Abu Dzar.

Baginya memberi kemaafan adalah jalan terbaik sebagaimana yang dianjurkan Islam, berbanding membalas segala perbuatan Abu Dzar.

Mak kau hijau perbuatan jahiliah

Jelas di sini bahawa, perbuatan menghina dan bersikap rasis terhadap sesuatu kaum, agama, warna kulit atau keturunan merupakan salah satu dari sifat-sifat jahiliah.

Hari ini berapa ramai dari kita yang masih bertindak seperti Abu Dzar yang sanggup mencela seseorang kerana perasaan marah. Mengherdik dengan perkataan “Mak kau hijau” atau segala macam perkataan kesat menunjukkan sikap jahiliah masih subur dalam diri umat Islam hari ini walaupun hampir 1,500 tahun berlalu.

Jika perbuatan Abu Dzar itu telah mengundang perasaan marah Baginda s.a.w. apatah lagi perbuatan kita hari ini yang lebih dari itu sesuka hati memberi gelaran yang tidak baik kepada orang yang kita benci atau marah.

Untungnya Abu Dzar kerana Bilal yang dihina masih ada dihadapannya untuk dia memohon kemaafan kerana takut murka Allah dan Baginda s.a.w.

Lalu bagaimana pula dengan nasib kita terutama netizen atau mak cik bawang yang begitu mudahnya menghina dan melabel seseorang terutama di alam maya. Waima orang yang dikutuk itu tidak pun ia kenali apalagi jauh di depan mata.

Hanya kerana marah dan geram, habis ibu bapa dan satu keturunan dikutuk dan dihina. Oleh itu jauhilah perbuatan ini agar kita tidak termasuk dalam golongan yang hina seperti golongan jahiliah, dan tidak juga mendapat kemurkaan Allah S.W.T. serta Baginda s.a.w. Wallahu a’lam. Utv

Kerana sebut “Mak kau hitam” ini tindakan Bilal terhadap Abu Dzar. Agaknya kalau sebut “Mak kau hijau” apa jadinya?


   Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET 


Mati Mendadak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker