Resepi Spaghetti Carbonara Lemak Berkrim dan Sedap
Resepi Spaghetti Carbonara Lemak Berkrim Dan Sedap
Masa Penyediaan: 15 minit,
Masa Memasak: 10 minit,
Jumlah Hidangan: 5-6 orang
Spaghetti Carbonara yang menggunakan sos carbonara mushroom dari Prego dan diubahsuai mengikut selera orang kita.
Ianya mudah dan cepat disediakan. Bahan-bahannya pun mudah didapati. Menu ini sangat sesuai dihidangkan untuk kanak-kanak, atau di majlis keramaian seperti party hari jadi untuk kepelbagaian hidangan kerana rasanya yg berlemak dan tidak pedas.
Jenis pasta yang Che Nom gunakan ialah spaghetti, tetapi anda boleh gantikan dengan pasta jenis fettucine, penne ataupun macaroni.
Bahan-Bahan:
Bahan-bahan untuk spaghetti:
Air secukupnya
1 paket spaghetti, 500g
Sedikit garam
Minyak zaitun
Bahan-bahan untuk kuah carbonara:
Sedikit minyak zaitun
½ biji bawang Holland, potong dadu kecil
2 ulas bawang putih, cincang halus
4 batang sosej, hiris nipis
capsicum merah dan hijau, hiris nipis
1 mangkuk udang, buang kulit
serbuk black pepper
cendawan, hiris nipis
sos carbonara Prego
susu full cream
1 keping keju cheddar
Italian herbs kering
Daun parsley fresh, hiasan
Cara Penyediaan:
Cara-cara untuk masak spaghetti:
Masukkan air ke dalam periuk dan didihkan.
Masukkan spaghetti kering, dan garam.
Lebihkan garam biar air rasa sedikit masin. Rebus sehingga spaghetti lembut.
Tapis spaghetti dan tuang sedikit minyak zaitun dan kacau sebati supaya spaghetti tidak melekat.
Cara-cara untuk masak kuah carbonara:
Panaskan sedikit minyak zaitun.
Tumis bawang holland sehingga layu dan kemudian masukkan bawang putih.
Setelah kekuningan, masukkan sosej, capsicum dan serbuk black pepper. Kacau sekejap.
Masukkan udang dan serbuk black pepper.
Kemudian Masukkan cendawan butang.
Masukkan sos carbonara segera dan tambah sedikit susu full cream. Masak sehingga mendidih.
Tambah 1 keping keju cheddar. Masukkan sedikit serbuk italian herbs kering.
Tabur dengan daun parseli yang dicincang halus dan sedikit garam.Sedia untuk dihidang.
Tips:
Jangan masukkan minyak zaitun semasa rebus spaghetti kerana ianya akan membazir bila kita tapis air nanti.
Cukup sekadar tuang sedikit minyak semasa spaghetti lembut dan sudah ditapis.
Boleh ganti dengan seafood lain seperti sotong sekiranya anda mahu.
Resepi Che Nom
Resepi Spaghetti Carbonara Lemak Berkrim dan Sedap
Baca Artikel Menari
- Migrant crackdown will worsen health crisis, say activists
- Don’t play with autonomy on MCO rules, says Sarawak DAP
- Tak daftar masuk tempat kerja – dikompaun RM7500
- Vaksinasi AstraZeneca: Waktu janji temu di WTCKL, IDCC esok dijadual semula
- Warga Emas Ditemui Mati, Mayat Dimakan Kucing Peliharaannya
- [VIDEO] Polis Tangkap Suspek Tendang Tiga Pelanggan Di Kedai Serbaneka
Layari Laman Facebook MYKMU NET