Dengan Teknologi Canggih, Pesawat Pengintip Israel Ada Kemampuan ‘Ganggu’ Malaysia


Baru-baru ini heboh satu Malaysia apabila dikhabarkan bahawa sebuah pesawat pengintip jenis Boeing 737-400 milik Israel Aerospace Industries – Elta Electronic Industries (IAI-Elta) telah melalui ruang udara Malaysia. Difahamkan pesawat terbabit bukanlah pesawat Boeing 737-400 yang biasa.

Pesawat ini dikatakan mempunyai sensor anti-radar canggih yang tidak boleh diambil mudah. Melalui beberapa laporan media antarabangsa, ada kemungkinan Israel sedang menguji sistem pesawat terbaru mereka dan penerbangan jarak jauh ini difahamkan untuk melihat kemampuan peralatan yang sedang diuji.

Seperti yang dilaporkan oleh World Today News, pesawat Boeing 732-400 dengan nombor pendaftaran 4X-AOO milik IAI-Elta adalah pesawat pengintip elektronik yang paling maju dimiliki oleh Israel. Teknologi pesawat ini mampu menganggu radar sehingga ia tidak dapat dibaca di negara yang dilalui olehnya.

Elta Electronics pula merupakan syarikat yang sangat terkenal dengan sistem radar yang canggih dan mempunyai banyak pengguna di seluruh dunia termasuk Singapura.

Antara spesifikasi Boeing 737-400 yang digunakan Israel adalah ia mempunyai 36.4 meter panjang. Dengan lebar sayap adalah 28.9 meter dan mempunyai ketinggian 11.1 meter dari permukaan tanah hingga ke hujung ekor atas.

Manakala bahagian kabin Boeing 737-400 pula terbahagi kepada dua. Untuk kabin kelas dua, ia dikhaskan untuk ruang bisnes dan ekonomi yang mampu memuatkan 147 penumpang – 10 tempat duduk untuk kelas bisnes dan 137 tempat duduk ekonomi. Untuk kabin kelas pertama, pesawat ini mampu menampung sehingga 159 penumpang.

Melalui laporan The Vocket sebelum ini, kehadiran sebuah pesawat pengintip prototaip Israel yang dilaporkan sedang menjalankan penerbangan ujian merentas ruang udara Putrajaya sebelum mendarat di Singapura mengundang pelbagai tanda tanya.

Berdasarkan laporan airtimes.my, tinjauan di FlightRadar 24 mendapati pesawat Boeing 737-400 yang bernombor pendaftaran 4X-AOO milik syarikat IAI-Elta itu terbang pada ketinggian 19,000 kaki di ruang udara pulau itu sebelum mendarat di Pangkalan Udara Paya Lebar.

Dalam rekod penerbangan pesawat terbabit. Ia dipercayai telah berlepas dari Israel dan menuju ke Teluk Aqaba, Semenanjung Sinai di Mesir pada 18 Mei lalu. Beberapa hari selepas itu, ia tiba di ruang udara Selat Melaka sebelum melalui ruang udara Kuala Lumpur pada ketinggian 28,975 kaki. Isyarat 4X-AOO kemudiannya hilang daripada Flightradar24 setelah memasuki kawasan luar pesisir Melaka.

Dalam laporan terbaharu yang dikeluarkan oleh Sinar Harian yang memetik media Today, difahamkan bahawa pesawat milik Israel didakwa melakukan demonstrasi produk komersial untuk sebuah firma teknologi pertahanan iaitu ST Engineering dan bukannya bertujuan untuk mengintip.

Demonstrasi yang dilakukan di ruang udara dan wilayah perairan Singapura itu menggunakan pesawat Boeing 737-400 kerana firma berkenaan mempunyai pejabatnya di Paya Lebar. Tambah laporan itu lagi, demonstrasi itu telah selesai dan kini mereka sedang melakukan persiapan untuk meninggalkan negara tersebut.

Berita ini semestinya menimbulkan pelbagai tanda tanya, tambah-tambah lagi ia berlaku selepas konflik yang terjadi di antara Palestin dan Israel. Disebabkan Malaysia tidak mempunyai hubungan dengan Israel, sepatutnya tiada pesawat yang berdaftar di Israel boleh melalui ruang udara Malaysia. Vc

Pesawat Israel di ruang udara Malaysia mana Penjelasan Kerajaan?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker