Buat resolusi keluarkan MIC , Thinalan cabar Lokman

Buat resolusi keluarkan MIC , Thinalan cabar Lokman

Kenyataan ‘panas’ diucapkan oleh Pengarah Komunikasi UMNO, Datuk Lokman Adam dalam rancangan Skop MalaysiaGazette didakwa biadap, tidak tepat dan rasional serta mengguris perasaan parti komponen MIC dan MCA.

Malah kenyataan itu juga disifatkan sebagai melampau dan bukan sesuatu yang bijak terutamanya ketika menjelang Pilihan Raya Negeri tidak lama lagi.



Menurut Ketua Penerangan MIC Kebangsaan, Thinalan Rajagopalu, tuduhan Lokman yang menuduh komponen Barisan Nasional (BN) seperti MIC dan MCA umpama memikul ‘biawak hidup’ adalah sangat melampaui batas dan langsung tidak boleh diterima sama sekali.

“Sejak 1952, MIC tidak pernah meminggirkan BN yang menjadi pengganti Parti Perikatan hingga kini. Biar baik atau buruk senario politik, kami sentiasa tetap berdiri teguh bersama UMNO dan MCA serta rakan parti komponen yang lain dan tidak melompat bagai katak seperti Lokman sendiri.

“Kami tidak tampil berikan kenyataan andai Lokman tidak buka mulutnya seperti ini. Bukankah ini satu cubaan keruhkan keadaan? Kami masih bersama BN tidak tuntut apa-apa jawatan untuk kekalkan sokongan. Kami dalam MIC tidak ada jawatan walhal UMNO menerima semua jawatan kerajaan tapi anda masih hendak tuding jari pada kami?

“Ingatlah Lokman, MIC dan MCA ini adalah keluarga. Memang susah untuk kami harapkan ikatan kekeluargaan yang sama daripada kamu yang merupakan bekas ahli PKR dipecat. Ia agak kelakar apabila katak politik pula yang menunding jari kepada orang lain.



“Kata Lokman MIC tidak menyumbang kepada kemenangan BN dan UMNO dan kamu (UMNO) pikul kita seperti biawak hidup, untuk berdekad lamanya MIC telah menyumbang kepada BN dan UMNO walaupun ada kalanya ada kenyataan mengguris hati komuniti India.

“MIC dilabelkan sebagai hamba UMNO dan UMNO juga tidak mengambil apa-apa tindakan untuk memperbetulkan keadaan sehingga Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri, pelbagai masalah dihantui diselesaikan oleh beliau,” katanya dalam kenyataan.

Thinalan mengulas kenyataan Lokman yang mendakwa UMNO seperti memikul biawak hidup komponen seperti MCA dan MIC malah parti-parti tidak menyumbang kepada kemenangan BN sejak kebelakangan ini.

Kata Thinalan lagi, tindakan Lokman sebenarnya akan menyumbang kepada keretakan dan kekeruhan dalam kalangan masyarakat India itu sendiri.



“Jika berterusan mengeluarkan kenyataan seperti ini, percayalah kepercayaan masyarakat India terhadap Barisan Nasional akan berkurangan dan rakyat akan memberi jawapan mereka dalam pilihan raya yang akan diadakan tidak lama lagi.

“Jika berat sangatlah beban untuk memikul MIC, bincang dengan Presiden UMNO bawakan satu resolusi untuk mengeluarkan MIC daripada BN. Jangan cuba-cuba buat ‘stunt’ politik murahan seperti ini, anda adalah Pengarah Komunikasi sepatutnya ketika masa-masa ‘perang’ pilihan raya kita sepatutnya jadi bijak dan strategis bukan buat kenyataan sinis yang langsung tidak berguna sesen.

“Anda sendiri tidak mampu menang pilihan raya tapi ada hati mengata orang lain. Mohon anda (Lokman) tidak memecah belahkan keharmonian komponen yang telah kita bina untuk puluhan tahun ini. Lebih baik kita bersatu teguh,” tegasnya. MG

Buat resolusi keluarkan MIC , Thinalan cabar Lokman



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Suami Fatin Afeefa kutuk media Malaysia



Diva AA serang Diva BB? (Video)

Seluar Hannah Delisha jadi bualan, ramai sakit mata



Ajak swafoto lepas tumbuk, tunggu polis datang kutip

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker