9 negeri catat kadar kebolehjangkitan melebihi nilai kebangsaan


Sembilan negeri mencatat kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) COVID-19 melebihi nilai kebangsaan 1.16, semalam.

Berdasarkan data dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam Twitter beliau, Labuan mendahului dengan nilai Rt tertinggi 1.82.

Semalam, Labuan merekodkan peningkatan mendadak jangkitan baharu COVID-19 dengan 253 kes berbanding hanya enam kes, kelmarin.

Lapan lagi negeri yang mencatat nilai Rt melebihi 1.16 ialah Perlis (1.45), Negeri Sembilan (1.40), Melaka dan Sarawak (1.31), Kelantan (1.25), Kedah (1.20) serta Pahang dan Putrajaya (1.19).

Ia disusuli Terengganu (1.16), Perak (1.15), Kuala Lumpur dan Selangor (1.14), Johor (1.11), Sarawak (1.10) dan Pulau Pinang (1.07).

Malaysia sekali lagi merekodkan angka harian tertinggi jangkitan baharu COVID-19 dengan sebanyak 9,020 kes, semalam.

Bilangan kematian baharu akibat wabak itu turut mencatat angka tertinggi yang pernah direkodkan, iaitu 98 kes.

Pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan COVID-19 di negara ini mencecah 558,534 kes, dengan 2,650 korban. BH

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

COVID-19: Nilai R-naught negara naik 1.21, tertinggi tahun ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker